10 Cara Miliki 4 Buah Rumah Sebelum 30 Tahun
Kerjaya

10 Cara Miliki 4 Buah Rumah Sebelum 30 Tahun

Sekarang ni bukan mudah nak miliki sebuah rumah. Tapi sebenarnya tidak mustahil jika anda ingin miliki 4 buah rumah sebelum usia 30 tahun.

Ramai yang tak tahu nak mula dari mana cara untuk memiliki rumah pertama. Perkongsian oleh Harith Faizal ini cukup lengkap dan mudah untuk difahami.

1. Rumah pertama jangan guna maksimum kelayakan

Kalau anda layak beli rumah harga RM300K, carilah rumah yang berharga RM250K. Nanti senang dapat kelulusan bank. Bagi ruang sikit kat DSR (Debt Service Ratio) tu. Sebabnya, lain bank, lain cara kiraan kelayakan.

Takut-takut bank A saja kata layak RM300K. Padahal bank B, C, D, E kata lepas sampai RM260K saja.

Lagi best, beli 2 rumah yang masing-masing berharga RM125,000. Jadi, kenapa jangan beli rumah dengan maksimum kelayakan?

Contohnya, untuk anda yang bergaji RM3,000 dan ada komitmen kereta RM500 sebulan. Andaikan anda nak beli rumah untuk duduk sendiri. Anda layak untuk beli rumah pembiayaan RM260,000 pada DSR 60%.

Ansuran bulanan RM1,300. Tapi, sebenarnya belum tentu anda mampu ya. Jom kira.

Rumah: RM1,300
Kereta: RM500
Ibu Bapa: RM200
Tol: RM250
Petrol: RM300
Makan: RM350
Takaful: RM100
Bil-bil: RM100
Barang dapur: RM100
TOTAL: RM3,200

Lebihan gaji: – RM200

Lebihanlah sangat. Tu negatif woi!! Haha.

2. Buat kad kredit beberapa bulan sebelum beli rumah

Fresh graduate tanpa PTPTN biasanya belum pernah ada apa-apa komitmen dengan bank. Rekod masih suci murni tanpa noda dosa kewangan. Dalam erti kata lain, CCRIS masih belum ada rekod.

Kebanyakan bank susah sikit nak luluskan anda untuk beli rumah kalau CCRIS bersih sangat. Sebabnya, bank tak kenal lagi kita ni punya perangai macam mana. Kita sendiri pun tak berani bagi pinjam kepada orang yang kita tak kenal, kan.

Apa yang saya buat dulu adalah, mohon kad kredit beberapa bulan sebelum beli rumah.Guna untuk isi petrol dan beli barang dapur. Pastikan bayar penuh setiap bulan. Guna dalam 3-6 bulan, dah boleh beli rumah pertama.

Selepas dah berjaya beli rumah, bolehlah pilih sama ada nak terus guna kad kredit tu atau potong terus.

3. Rumah pertama disewakan, jangan duduk sendiri

Kalau rumah pertama tu anda beli untuk duduk sendiri, agak sukar nak tambah rumah lagi selepas ni.Lagi-lagi kalau rumah tu makan sebahagian besar gaji.

Rumah pertama untuk pelaburan, hasil sewaan dikira sebagai pendapatan tambahan.Beli rumah pertama untuk duduk sendiri adalah tindakan yang kurang bijak!

Anda jadi semakin lambat beli rumah kedua kerana kurang simpanan bulanan dan kurang kelayakan pembiayaan.Kalau memang gaji besar, takpalah.Tapi terpulanglah kepada plan kewangan masing-masing.

4. Cari tawaran untuk beli rumah dengana modal minima

Beli rumah murah-murah sudahlah, nego dengan tuan rumah bagi deposit rendah atau beli rumah daripada pemaju dengan entry cost mudah dan guna pakej 100% pembiayaan bagi yang layak.

Modal minima, bukannya modal langsung tak perlu ada. Walaupun sekarang ni anda belum teringin nak beli rumah, Tabung Rumah tetap kena ada. Sebab bila tiba-tiba datang seru, modal dah siap sedia. Boleh angkat rumah sebijik terus. Tapi malangnya, tak ramai yang peduli pun.

Lebih baik melancong setahun 4 kali, pakai kereta mahal, tukar sportrim sebesar alam, modify kereta Wira jadi macam Lancer takpun Myvi tayar terkangkang.

5. Mohon ASB financing sebagai force saving

Cari jalan buat duit RM550 setiap bulan untuk mohon ASB Financing RM100,000. Dengan teknik biasa sekalipun, boleh dapat hampir RM56,000 selepas 5 tahun.

Jual tudung 50 helai pun dah boleh dapat RM550 sebulan.Tapi kalau tak mampu RM100,000 buatlah mana-mana yang mampu. RM50,000 ke kan.Kalau dah buat ASB Financing ni, wajiblah bayar setiap bulan tau. Force saving!

Tapi, kalau dalam masa terdekat anda rancang nak beli rumah, elakkan buat ASB Financing dengan amaun yang besar.Sebab ASB Financing pun akan efek pengiraan DSR dan kelayakan pembiayaan anda.Cuma, bila dah dapat dividen nanti, bank akan kira sebagai pendapatan anda pula. Jadi, timing kena tepat.

6.Jangan mengada menggedik nak beli kereta dulu

Harga kereta boleh tunggu kita, tapi harga rumah RM200,000 tahun ni, takkan tunggu kita. Tahun 2020 nanti, entah-entah dah naik menghampiri RM300,000. Harga rumah naik selalu, turun belum tentu.

Kalau nak beli kereta sangat, belilah kereta patut milik yang ansuran bulanannya tak lebih 15% daripada gaji. Atau harganya tak lebih daripada gaji setahun anda.

Contoh untuk yang bergaji RM3,000 begini.

RM3,000 x 15% = RM450
Ansuran bulanan tak lebih RM450.

RM3,000 x 12 = RM36,000
Harga kereta tak lebih RM36,000.

Beli 2 buah apartmen dengan masing-masing ansuran RM700 dan keduanya disewakan pada kadar RM900.

Dapat aliran tunai positif RM400 daripada dua rumah, boleh pakai Proton Saga Plus percuma.

Nak pakai Honda City percuma macam mana pula? Ini ideanya sahaja. Jangan lurus bendul. Ambil kalkulator, kiralah sendiri.

7. Elakkan beli rumah gabung gaji suami isteri

Setiap orang layak untuk dapat Margin of Financing (MOF) sampai 90%-100% untuk rumah pertama dan 90% untuk rumah kedua daripada bank.

Bergantung jugalah kepada kekuatan kewangan dan skor kredit anda.
Bila dah selesai 4 kuota rumah dengan MOF hingga 90%-100% tu, boleh dah rasa lega. 2 rumah pembiayaan nama suami, 2 rumah pembiayaan nama isteri.

Jadi, selepas tu kena kerja kuat lagilah untuk beli rumah lain lagi sebab MOF dah jadi 70% untuk rumah ketiga dan seterusnya.
Secara asasnya, anda perlu menyediakan baki 30% daripada harga rumah dengan duit sendiri.

8. Simpan duit di tabung haji atau ASB secara konsisten

Kalau masih bujang, simpanlah 50% daripada gaji anda tu. Kalau gaji anda RM2,000 belanjalah macam orang biasa gaji RM1,000. Baki lagi RM1,000 masuk tabung.

Kalau dah berkeluarga, cuba simpan 30% gaji ya. Gaji suami tambah gaji isteri RM4,000. Belanja RM2,800 simpan RM1,200.

Kenapa simpan kat Tabung Haji dan ASB? Sebab Tabung Haji ada dividen 5%, ASB pula dividen 7.25%.

9. Mulakan simpanan tabung rumah walau masih belajar

Masa kat universiti lagi dah boleh mula usaha beli rumah. Duit PTPTN dan biasiswa jangan guna semua, laburkan kat ASB dan Tabung Haji. Buatlah bisnes atau kerja part-time di KFC ke, Domino’s Pizza ke, Home Tutor ke.

Mula dari bawah, biar penah rasa jadi kuli. Taklah asyik nak meninggi diri. PTPTN dan biasiswa jangan dihabiskan beli iPhone.

10. Cari kerja tetap yang stabil secepat mungkin

Orang bijak, sibuk berebut-rebut nak cari kerja cepat. Baik fikir macam mana nak bayar balik hutang PTPTN.

Dan takyahlah teringin nak lepak kat rumah dulu sebulan dua. Terus cepat-cepat cari kerja. Ini zaman, siapa cepat dia dapat. Kau lambat, kau melopong.

Cari kerja yang berstatus tetap. Kalau kerja kontrak berjangka masa pendek, bank susah nak beri pembiayaan perumahan.

 

Sumber: Gila Hartanah

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top