10 Lapangan Terbang Paling Gah & Terbaik Di Dunia
Travel

10 Lapangan Terbang Paling Gah & Terbaik Di Dunia

Jika bercuti ke luar negara, perkara pertama yang kita akan lihat adalah seni bina rekaan bangunan negara tersebut serta kecanggihan teknologi pengangkutan udaranya.

Turun je kapal terbang mesti akan lihat sekeliling terlebih dahulu, terutama sekali lapangan terbang negara tersebut.

Seni bina lapangan terbang juga dianggap sangat penting. Ia mampu menarik perhatian pelancong untuk datang lagi ke negara tersebut.

Kami senaraikan 11 lapangan terbang paling mewah dan gah di dunia. Memang korang akan terpukau melihat gambar yang kami tunjukkan.

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Ashgabat (Turkmenistan)

Bukan sahaja menjadi mercu tanda negara itu, bahkan nama lapangan tersebut tersenarai di dalam Guinness World Records bagi seni bina dalamannya yang mengagumkan.

2. Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi (UAE)

3. Lapangan Terbang Antarabangsa Lyon—Saint-Exupéry (Lyon, Perancis)

Lapangan terbang ini dinamakan sempena Antoine de Saint-Exupéry, penulis Perancis terkenal dunia dan berasal dari bandar ini. Dia juga merupakan seorang juruterbang profesional.

4. Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Bao’an (China)

5. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (Korea Selatan)

Lapangan terbang ini antara yang terbesar dunia dan menurut Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI), setiap tahun ia dinobatkan sebagai lapangan terbang terbaik di seluruh dunia sejak 2005.

6. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (Jepun)

7. Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles (AS)

Dinamakan sempena John Foster Dulles, Setiausaha Negara ketika pimpinan Dwight D. Eisenhower, lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang paling sibuk di Washington.

8. Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (AS)

Jika anda berada di lapangan tersebut di waktu malam, anda sudah merasakan kehangatan bandar LA yang sentiasa sibuk tidak kira waktu. Dianggap sebagai destinasi dan titik berlepas paling popular di dunia.

9. Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (UAE)

Selain terdapat pokok palma yang menyambut para penumpang, lapangan terbang ini menyediakan 10 kabin untuk tidur di Terminal 1 di mana setiap satunya mempunyai katil, akses internat berkelajuan tinggi dan televisyen skrin besar.

10. Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco (AS)

Jika lapangan terbang lain hanya menyediakan pusat membeli belah, berbeza dengan lapangan terbang ini yang menyediakan muzium dan perpustakaan di beberapa terminal. Bukan itu je, terminal ini turut menyediakan bilik Yoga.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top