10 Perkahwinan Selebriti Popular Tahun 2017
Buletin

10 Perkahwinan Selebriti Popular Tahun 2017

Setiap tahun pasti perkahwinan selebriti popular menjadi tumpuan dan perhatian peminat industri hiburan tanah air.

Tahun 2017 boleh dikatakan ramai selebriti sudah menamatkan zaman bujang dan mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati masing-masing.

Kali ini kami ingin kongsikan 10 perkahwinan selebriti popular yang menjadi tumpuan netizen sepanjang tahun 2017.

1. Mia Ahmad & Izham Tarmizi

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on

Pelakon drama Hati Perempuan, Mia Ahmad sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak negara, Izaham Tarmizi pada Januari lalu.

2. Sari Yanti & Jep Sepahtu

Lakonan bersama dalam sitkom Jenaka Kampung Kalut ternyata melahirkan bibit-bibit cinta antara pelakon cantik Sari Yanti dan pelawak Jep Sepahtu. Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada Februari lalu dalam majlis tertutup.

3. Hafiz Hamidun & Joy Refva

Penyanyi nasyid popular, Hafiz Hamidun memilih untuk menamatkan zaman bujangnya bersama usahawan Joy Refva pada 22 Mac lalu. Namun jodoh mereka hanya mampu bertahan selama beberapa bulan selepas disahkan bercerai pada October lalu.

4.Ummi Nazeera & Mohd Izzar

Perkahwinan pelakon wanita popular, Ummi Nazeera sentiasa dinantikan oleh peminat. Ummi selamat diijab kabulkan bersama pilihan hatinya Mohd Izzar yang merupakan seorang doktor pada 23 Julai lalu.

5. Laudya Cynthia Bella & Engku Emran

Siapa sangka pelakon cantik Indonesia ini memilih lelaki dari Malaysia iaitu bekas suami Erra Fazira, Engku Emran untuk menjadi pasangan hidupnya. Selepas beberapa bulan berkenalan, pasangan ini selamat dinikahkan pada September lalu.

6. Izara Aishah & Adib Khalid

Pelakon cantik Izara Aishah sah menjadi isteri Muhammad Adib Khalid, yang juga anak tiri penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 17 November lalu. Izara menerima mas kahwin sebanyak RM700 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh. Wang hantaran pula dirahsiakan.

7. Mawar Rashid & Raff Yaakob

Pelakon Mawar Rashid sah bergelar isteri kepada Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada pelakon Fazley Yaakob pada 9 November lalu. Bibit percintaan Mawar dengan duda anak dua itu bermula Januari lalu selepas diperkenalkan rakan baik mereka, Emma Maembong.

8. Fattah Amin & Fazura

💙Fattah 💏 Fazura💖 ~27.11.17~

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur pada 27 November lalu selepas 2 minggu mengikat tali pertunangan.

9. Abam Bocey & Hidayah

I'm married…. #sayadahkahwin #kitabaikramaisayang

A post shared by ABAM BOCEY (@abam_bocik) on

Pelawak terkenal, Abam Bocey, selamat bergelar suami kepada Siti Nurhidayah Mohd Ali, pada 8 Disember lalu dengan sekali lafaz. Abam mengenali isterinya sejak 2009 lagi, tapi hubungan mereka putus seketika.

10. Tauke Jambu & Nadia

Solemnization of @taukejambu X @nadiayaya6 09 December 2017 / @delamaneventspace Liveupdate : @sixucaphotography Photographer : @sixucaphotography Videographer : @pastelkaler.kl Dais : @afeer_kualalumpur Catering : @qa_caterer Table & Chivary : @eikayrul_services Bridal Dress : @ikamarulzaman89 Makeup : @fazleenfazel Hairdo : @therealkhaibaha Henna Bride : @ct_fiverose_hennapenang Henna Bridesmaids : @mimi_hennakl.kajang.klang_ @hennabypuyed Hand Bouquet : @sheeraaz_85 Hantaran : @za_henna_art_penang.kulimkedah Duta : @kamamax_hq MC by : @dollahcantek_dc @angah_lawaking @zalifsidek @daniell_fiq Event Coordinator : @capalputus Wedding Planner : @afeer_kualalumpur #nadiatauke #nadiatauke2017 #weddingartis #selebritikahwin #sixucaphotography

A post shared by Tauke Jambu Official (@taukejambu) on

Selepas lima tahun menduda, pelawak Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nadia Mohd Affendi pada 9 Disember lalu. Tauke dan Nadia sebelum ini bertunang di Terengganu pada 5 Disember 2015. Ini adalah perkahwinan Tauke yang keempat

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top