10 Tips Confirm Kurus Tanpa Perlu Bersenam!
Diet

10 Tips Confirm Kurus Tanpa Perlu Bersenam!

Ramai di antara anda yang malas sangat nak berdiet sebab susah! Ya, memang susah. Nak kena bersenam, jaga makan.

Kalau dah berjaya turunkan berat badan pun, akan naik balik. Sama je, baik tak payah diet.

Tapi, kalau tak diet, badan ‘membesar’ pula. Jadi, nak tak nak memang kena diet dan hilangkan lemak-lemak degil tu.

Kami akan kongsikan 10 tips mudah ini. Yang pasti, kalau anda amalkan, memang confirm kurus punyalah.

1. Kurangkan skala makan

Menurut pakar pemakanan, mengurangkan makanan bukan dengan cara mengira berat makanan sahaja tetapi dengan cara memesan dua makanan pembuka dan tidak mengambil hidangan utama.

2. Hadkan makan

Menurut pakar, cara menghadkan diri anda daripada mengambil makanan terlalu banyak ialah dengan menyediakan bekas kecil atau piring. Jadi, anda boleh mengukur dengan saiz bekas ini agar anda tidak makan berlebihan.

3. Minum coklat ‘shake’

Minuman coklat ‘shake’ berbeza dengan minuman coklat biasa kerana ia mengandungi protein dan kalori yang rendah. Malah, minuman ini buatkan anda rasa kenyang.

4. Bawa buah ke mana sahaja

Simpan dan bawa buah di tempat kerja boleh menggelakkan anda dari mengambil makanan ringan yang lain.

5. Berus gigi selepas makan malam

Memberus gigi selepas makan malam akan membuatkan anda malas untuk makan lagi.

6. Elakkan makanan berkalori tinggi

Elakkan daripada mengambil minuman yang mengandungi kalori tinggi seperti jus, minuman bergas dan sebagainya.

7. Bergambar sebelum diet

Sebelum anda memulakan diet, ambillah gambar yang menunjukkan bentuk badan anda. Setiap kali anda hilang semangat untuk berdiet, lihatlah gambar itu untuk memotivasikan diri anda.

8. Pakai baju yang ketat

Dengan memakai pakaian yang ketat, ia akan memberi motivasi kepada anda dari tidak mengambil snek-snek yang membuatkan anda bertambah berat badan.

9. Amalkan air campuran timun

Apabila anda rasa lapar dan ingin makan snek ringan, cubalah minum air yang dicampur dengan timun. Ia boleh membantu anda merasa sedikit kenyang.

10. Habiskan makanan

Simpan makanan yang tidak habis dimakan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais. Jangan biarkan makanan itu terbuka. Ini untuk menggelakkan anda terus makan walaupun sudah kenyang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top