10 Villa Atas Air Di Maldives Bajet Bawah RM2,000
Travel

10 Villa Atas Air Di Maldives Bajet Bawah RM2,000

Jika anda mengikuti Instagram pasangan selebriti popular, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, mesti ramai yang cemburu melihat foto percutian mewah mereka sekeluarga.

Lebih mengejutkan media melaporkan, mereka tinggal di hotel 5 bintang yang dikatakan berharga RM13,000 satu malam.

Memang geleng kepala dengar harga macam tu. Tapi sebenarnya, anda masih lagi boleh menginap villa atas air di Maldives tapi dengan bajet tak sampai RM2,000 untuk satu malam.

1. Paradise Island & Resort Spa

Resort bertaraf 5 bintang ini terletak di North Male Atoll, 9.6km dari lapangan terbang Maldives. Paradise Island ini dikelilingi oleh kehidupan marin. Harga ditawarkan serendah RM1,200 untuk satu malam.

2. Komandoo Island Resort & Spa

Villa atas air ini dibina menggunakan kayu dengan pemandangan indah Laut India. Lebih menarik turut dilengkapi balkoni bertangga untuk terus ke laut biru. Harga ditawarkan serendah RM1,950 untuk satu malam.

3. Meeru Island Resort & Spa

Resort ini dikelilingi dengan laguna yang cukup cantik dan satu-satunya resort di pulau Meerufenfushi, North Male’ Atoll. Anda boleh dapati dengan harga serendah RM1,058 untuk satu malam.

4. Kuredu Island Resort & Spa

Resort mewah ini mengambil masa 35 minit penerbangan dari Ibrahim Nasir International Airport. Menariknya, pengungjung berpeluang menikmati santapan di restoran dasar laut Hurawalhi Maldives. Harga ditawarkan serendah RM1,191 satu malam.

5. Hurawalhi Island Resort

Villa ini menjanjikan pemandangan paling indah. Selain villa atas air, pengunjung juga boleh memilih untuk menginap di hotel tepi pantai berhadapan laut biru. Harga satu malam serendah RM1,735.

6. Sun Aqua Vilu Reef

Resort 5 bintang ini memberikan pengalaman percutian mewah dan dikelilingi lautan biru. Setiap kamar mempunyai keunikan tersendiri. Harga villa bermula serendah RM1,602 untuk satu malam.

7. Drift Thelu Veliga Retreat

Terletak di Thelu Veliga, South Ari Atoll, pengunjung boleh ke sini menaiki kapal terbang air selama 35 minit. Villa ini menjadi pilihan ramai kerana harganya sangat berpatutan serendah RM1,516.

8. Angaga Island Resort & Spa

Berhadapan laut india, resort ini dibina di kepulauan pasir putih yang dikelilingi laguna serta batu karang. Resort ini antara termurah untuk villa atas air di Maldives serendah RM883.

9. Anantara Veli Maldives Resort

Lokasi ini sesuai untuk pasangan berbulan madu sambil melihat pemandangan indah lautan biru. Anda boleh dapatkan harga terendah untuk banglo atas air dengan harga RM1,824 untuk satu malam.

10. Gangehi Resort

Lokasi resort ini terlindung daengan batu karang yang mengelilingi pulau ini menjadikan pulau ini seakan sebiji mutiara. Harga penginapan atas air disini serendah RM1,202 untuk satu malam.

Sumber: Eh!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top