100,000 Pelajar Tingkatan 4 Hidap Masalah Mental
Buletin

100,000 Pelajar Tingkatan 4 Hidap Masalah Mental

Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramaniam baru-baru ini mendedahkan, lebih kurang 100,000 pelajar Tingkatan 4 mengalami masalah tekanan mental.

Perkara itu didedahkan selepas melakukan pemeriksaan kesihatan mental ke atas pelajar Tingkatan 4 di seluruh negara oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

“Dari laporan pemeriksaan yang kami jalankan di seluruh sekolah, lebih 100,000 pelajar mengalami masalah mental.

“Kira-kira 79% mengaku bahawa masalah kesihatan mental mereka disebabkan masalah mereka sendiri atau masalah keluarga,” ujarnya kepada The Sun.

Tambah S. Subramaniam lagi, pelajar tingkatan 4 umumnya mengalami tekanan untuk persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada tahun berikutnya.

Rata-rata pelajar mengalami masalah tekanan mental kerana tiada sokongan dari keluarga untuk mengangani masalah yang dihadapi mereka.

Mengikut kajian yang dijalankan pada 2015 dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas adalah kira-kira 29.2 peratus.

Enam punca yang boleh mengakibatkan tekanan mental pelajar Tingkatan 4:

1. Berlaku perubahan sahsiah semasa memasuki fasa peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam remaja

2. Mencari idealisme berdasarkan watak-watak yang mereka minati

3. Bergelut membuat persediaan peperiksaan SPM

4. Tekanan ibu bapa dan guru agar maju dalam pelajaran

5. Cabaran memilih kawan-kawan yang sesuai dengan diri mereka

6. Keperluan kewangan membeli barang berjenama.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top