13 Perkara Anda Perlu Elakkan Bila Datang Beraya
Aidilfitri 2017

13 Perkara Anda Perlu Elakkan Bila Datang Beraya

Mesti ramai yang dah tak sabar nak beraya. Maklumlah setahun sekali je dapat berkumpul bersama sanak-saudara dan sahabat handai.

Inilah masanya untuk merapatkan merapatkan silaturrahim dan bertanya khabar. Kalau single lagi, memang sesuai sangat nak cari jodoh.

Kalau pergi ke rumah orang tu, elakkan 13 perkara ni. Tuan rumah sangat tak suka!

1. Jangan datang rumah orang awal sangat. Org masih solat raya.

2. Pastikan anak-anak tak ambil angpau sampai 4, 5 kali. Pengsan tuan rumah nanti!

3. Jangan datang rumah orang tengah malam. Tuan rumah dah pakai baju kelawar dan singlet.

4. Jangan tanya kenapa baju tuan rumah sama dengan langsir. Barang sekarang semua mahal. Kena berjimat sikit.

5. Jangan sibuk tanya orang bila nak kawin. Kalau dah kawin sibuk tanya bila nak ada anak. Bosan orang nak jawab.

6. Jangan pandai-pandai tukar channel TV rumah orang. Dah diorang sefamili minat Hindustan. Kau jangan pandai-pandai nak tukar Astro Ceria pula!

7. Jangan pakai baju sedondon sangat. Nanti nampak macam orang nak pergi lumba perahu.

8. Jangan terus ke dapur rumah orang. Biasa musim raya ni dapur macam tongkang pecah.

9. Budak-budak jangan buka angpau depan tuan rumah. Nanti biru muka tuan rumah kalau dia bagi RM1 aje.

10. Tuan rumah hidang air terus minum. Tak payah nak cakap banyak.

11. Jangan tumpang kencing kalau tak pandai nak flush.

12. Kalau termakan kuih basi or berkulat, telan aje. Jangan cuba nak selit kuih tu kat celah sofa atau pasu rumah orang. Tak baik.

13. Jangan sibuk-sibuk minta password wifi rumah orang.

Sumber

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top