200 Batu Karang Ditemui Akibat Tidak Sarapan Pagi
Buletin

200 Batu Karang Ditemui Akibat Tidak Sarapan Pagi

Di Hezhou, China, sekumpulan doktor mengeluarkan lebih 200 batu karang di dalam pundi hempedu dan hati seorang wanita di sini yang berpunca daripada tidak sarapan pagi.

Wanita yang dikenali sebagai Chen, itu sering makan lebihan makanan dan makan tidak mengikut waktu sejak 10 tahun lalu.

Pesakit juga sering tidak mengambil sarapan pagi dan makan makanan yang tidak sihat dan banyak kolesterol.

“Chen mula sakit perut sejak 10 tahun yang lalu tetapi tidak mendapatkan rawatan di hospital.

“Beberapa tahun lalu, dia membuat pemeriksaan di hospital dan doktor menyarankan pembedahan dilakukan tetapi wanita itu tidak bersetuju kerana takut,” katanya.

Menurutnya, Chen datang semula ke hospital pada minggu lalu kerana mengalami sakit perut yang teruk dan dia tiada pilihan selain menjalani pembedahan.

“Kebanyakan pesakit yang saya temui termasuk Chen sering tidak mengambil sarapan pagi,” jelasnya.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top