"29 Peratus Remaja 16 Tahun Ke Atas Sakit Mental"
Buletin

“29 Peratus Remaja 16 Tahun Ke Atas Sakit Mental”

Menurut kajian yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2015, masalah kesihatan mental dalam kalangan orang dewasa berumur 16 tahun ke atas adalah 29.2 peratus.

Peratusan ini merujuk kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan mental dan bukannya penyakit mental.

Perkara tersebut di bentangkan di Dewan Rakyat tentang penyebab yang menjadi punca golongan remaja berkelakuan ganas dan terlibat dalam jenayah buli di sekolah.

Sehingga kini, kementerian menyediakan perkhidmatan psikiatri di empat buah institusi mental dan 48 hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Di peringkat kesihatan primer juga terdapat sebanyak 671 buah klinik kesihatan yang memberikan perkhidmatan kesihatan mental.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan juga dalam usaha mengadakan kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melaksanakan saringan minda sihat bagi pelajar kolej komuniti.

Jelasnya, usaha ini diharap dapat memberi pendidikan dan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental selain mengenal pasti pelajar yang mungkin mengalami masalah kesihatan mental.

Sumber: Sinar Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top