3 Negeri Ini Paling Ramai Pasangan Bercerai
Cinta

3 Negeri Ini Paling Ramai Pasangan Bercerai

Setiap tahun kadar perceraian di negara kita mencatatkan peningkatan tinggi. Sehingga kini, dianggarkan 156 pasangan bercerai dalam masa sehari bersamaan atau 6 pasangan bercerai dalam satu jam.

Lebih menakutkan, berdasarkan statistik tersebut, pada tahun 2020 diramalkan 15 pasangan akan bercerai dalam masa satu jam. Itu bermakna 360 pasangan bercerai dalam sehari.

Namun dalam banyak-banyak negeri, tiga negeri ini mencatatkan kes perceraian tertinggi.

Tiga negeri tersebut iaitu Selangor, Sabah dan Johor masing-masing menduduki tiga tangga teratas dengan pasangan Melayu setiap tahun mencatatkan angka paling tinggi.

Apa yang lebih menakutkan kebanyakan usia perkahwinan pasangan yang bercerai hanya mampu bertahan selama 5 tahun atau kurang dari tempoh tersebut.

Bagaimanapun, apa yang lebih menakutkan adalah kebanyakan pasangan yang bercerai, majoritinya mempunyai usia perkahwinan bawah 5 tahun. Mengapakah fenomena itu berlaku?

Sebanyak 15.2 peratus kes perceraian berlaku akibat sikap suami yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, masalah isteri curang juga semakin menjadi-jadi apabila mencatatkan 11.8 peratus kes menjadi punca kepada perceraian.

Statistik perceraian di Malaysia Julai 2016

Sumber: Iluminasi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top