3 Sebab Bulan Disember Waktu Tepat Cari Kerja
Buletin

3 Sebab Bulan Disember Waktu Tepat Cari Kerja

Bulan Disember ni mesti ramai yang bercuti dan habiskan cuti tahunan masing-masing sebelum tibanya tahun baru 2018.

Ramai juga yang anggap bulan disember ni banyak syarikat tutup buku dalam bab cari pekerja baru dan tiada guna hantar resume ke syarikat yang menjadi idaman anda.

Namun sebenarnya anda silap! Itu hanya tanggapan anda semata-mata. Sebenarnya bulan Disember adalah waktu yang tepat untuk anda cari kerja dan mungkin anda mudah untuk dapat kerja tersebut.

1. Persaingan akan berkurangan

Hujung tahun bukan je majikan buat persiapan untuk cuti, yang mencari kerja pun sama. Disebabkan dah set dalam fikiran hujung tahun tiada syarikat yang cari pekerja, maka ramai la jobseeker ni pun bercuti. Jadi masa ni la anda cari peluang untuk cari kerja.

2. Syarikat ada dana lebih dalam perbelanjaan

Selalunya masa hujung tahun la baru dapat tahu lebihan perbelanjaan. Jadi bulan Disember banyak syarikat akan sediakan jawatan baru untuk diisi.

3. Majikan akan lebih beri perhatian

Bila kurang persaingan, maka siapa saja yang ditemuduga akan diberi lebih perhatian kerana tidak banyak calon yang menghantar resume. Jadi guna peluang sebaiknya untuk mendapatkan pekerjaan idaman anda.

Sumber: MauKerja

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top