4 Rahsia Shah Rukh Khan Kekal Muda Di Usia 52 Tahun
Selebriti

4 Rahsia Shah Rukh Khan Kekal Muda Di Usia 52 Tahun

Siapa yang tak kenal dengan hero nombor satu Bollywood, Shah Rukh Khan. Nama Shah Rukh Khan memang tidak asing lagi khususnya buat peminat filem Hindi. Memang Shah Rukh Khan sentiasa menjadi pilihan.

Sedar tak sedar sudah hampir 29 tahun Shah Rukh Khan berkecimpung dalam dunia lakonan. Walaupun sudah berusia 52 tahun, SRK tetap nampak muda dan masih lagi tampan. Makin tua makin kacak pula!

Mesti ramai lelaki tertanya-tanya apa rahsia awet muda pelakon hebat ini? Memetik sebuah sumber, SRK kongsikan cara penjagaan diri agar kelihatan muda.

1. Minum air kosong

SRK sangat peka dalam penjagaan kesihatan dan minum banyak air kosong paling kurang 2 atau 3 liter setiap hari. Ia mengelakkan dehidrasi dan untuk mendapatkan kulit lebih sihat dan lembap.

2. Makan buah-buahan

SRK perbanyakkan makan buah-buahan. Buah-buahan bagus untuk kesihatan tubuh kerana ia terkandung pelbagai jenis vitamin, serta antioksidan yang meremajakan kulit.

3. Rajin membentuk otot

Tak pernah nampak SRK gemuk kan? SRK menitikberatkan bentuk tubuhnya tapi tidak mengamalkan diet ketat. SRK bersenam empat kali seminggu dan mengamalkan latihan untuk membentuk ototnya.

4. Pastikan makanan seimbang

Lepas bersenam, SRK amalkan pengambilan protein. Protein bukan hanya mengenyangkan malah membaiki otot bagi mengelakkan ia menggelebeh dan lebih kuat.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top