5 Bahan Pelik Dalam Produk Kecantikan Korea
Kecantikan

5 Bahan Pelik Dalam Produk Kecantikan Korea

Korea sememangnya terkenal dengan penghasilan produk kecantikan yang berteknologi tinggi. Namun tahukah anda terdapat beberapa produk kecantikan Korea yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang pelik dan ekstrem?

Adakah anda sanggup menggunakan lendir siput pada wajah anda? Jelita senaraikan lima bahan pelik yang terkandung dalam produk kecantikan Korea.

Krim Wajah Tapak Sulaiman

Tapak sulaiman dikatakan dapat memperkuatkan sel-sel kulit wajah serta melembutkan kulit wajah agar sentiasa kelihatan segar dan berseri.

Saffron

Saffron diggunakan sebagai salah satu kandungan serum antioksidan. Ia sering digunakan bersama Asid Amino dan Kolagen untuk menjadikan kulit wajah lebih segar dan bercahaya.

Pupur Racun Ular

Penggunaan racun ular sebagai bahan utama dalam produk kecantikan merupakan trend kecantikan paling ekstrem di Korea. Racun ular mengandungi Asid Amino bertindak menghalang pergerakan saraf otot bagi mengurangi kedutan pada wajah.

Krim Anti Penuaan Siput Babi (Snail Essence)

 

Lendir siput merupakan antara produk kecantikan yang menjadi rebutan pada masa kini. Kandungan lendir pada siput dikatakan dapat memberi nutrisi dan mencegah penuaan.

Pupur Kolagen Daripada Khinzir

Di Korea Selatan terdapat beberapa produk kecantikan yang dihasilkan daripada kolagen khinzir. Kolagen dari haiwan ini dikatakan dapat mengurangkan kedutan pada dahi dan sekitar mata.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top