5 Cara Berkesan Kuruskan Badan Dengan Cepat!
Diet

5 Cara Berkesan Kuruskan Badan Dengan Cepat!

Siapa yang tak nak bentuk badan yang langsing dan menarik? Mesti semua nak. Macam-macam cara dah buat untuk turunkan berat badan, tapi beri kesan langsung. Sampai tak makan pun ada.

Sebenarnya ada aktiviti mudah yang boleh turunkan berat badan dengan cepat tanpa perlu menahan lapar.

Setiap aktiviti yang kami senaraikan ini, mampu membakar sehingga 100 kalori jika anda lakukan dengan rutin.

1. Menari (20 minit)

Menari merupakan latihan kardio yang mempercepatkan degupan jantung dan pembakaran kalori. Bukan je menyeronokkan, menari selama 20 minit mampu membakar sebanyak 100 kalori.

2. Bekerja (63 minit)

Siapa cakap bekerja tak bakar kalori? Jika kerja anda buatkan anda banyak bergerak dan berjalan, banyak kalori yang akan terbakar. Kalau kerja anda tak banyak bergerak, apa kata lepas ni jangan naik lif dah, gunakan tangga untuk exercise.

3. Berbelanja di pasaraya (20 minit)

Bila pergi pasaraya, kita akan banyak berjalan untuk membeli barang yang kita inginkan. Itu pun dikira exercise dan mampu membakar kalori juga.

4. Karaoke (41 minit)

Masa menyanyi badan anda mesti akan bergerak atau menari. Ia mampu membakar kalori juga. Tapi, tak perlu ke pusat karaoke setiap hari. Di rumah pun boleh buat. Melalak la sepuas hati!

5. Berjalan (20 minit)

Walaupun hanya berjalan, ia tetap membakar kalori. Tiap kali balik dari kerja, ambil masa untuk berjalan di taman sambil menghirup udara segar. Senang je kan nak kurus!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top