5 Destinasi Sejuk Dalam Negara Untuk Bulan Madu
Travel

5 Destinasi Sejuk Dalam Negara Untuk Bulan Madu

Hujung tahun ni ramai yang ambil cuti untuk pergi melancong. Kalau yang baru kahwin tu akan ambil kesempatan untuk pergi berbulan madu.

Rata-rata pasangan yang baru berkahwin lebih memilih destinasi berbulan madu yang mempunyai iklim sejuk. Selalunya bila sebut je iklim sejuk, mesti akan terbayangkan luar negara.

Tapi kenapa perlu pergi sampai ke luar negara sedangkan di Malaysia pun ada destinasi sejuk yang boleh anda lawati. Memang sesuai sangat untuk berbulan madu.

1. Cameron Highland

Lokasi pertama yang bermain di fikiran jika mahu suasana sejuk sudah tentunya Cameron Highlands. Di tanah tinggi dengan suhu 20 darjah Celsius, banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Selain ke Taman Ros, anda boleh menikmati suasana romantis sambil menikmati teh panas di Ladang Teh Bharat, sambil melihat keindahan ladang teh.

2. Bukit Tinggi

Tarikan utama di sini tentunya Colmar Tropicale. Struktur bangunan kolonial akan membuatkan anda rasa seperti berada di luar negara.Ada beberapa destinasi menarik boleh dikunjungi antaranya Taman Jepun yang dipenuhi dengan pokok bonsai, kolam ikan dan batu putih seperti taman di negara matahari terbit.

3. Fraser Hill

Suhunya sekitar 17 darjah Celsius, sesuai untuk pengantin baru. Selain menikmati alam semula jadi, banyak aktiviti boleh dilakukan di daerah  “The Little England of Malaysia” ini. Antaranya, aktiviti berkuda, sukan air di Allen’s water atau memberi makan ikan. Anda boleh juga ke ladang strawberi dan di Taman Flora Bukit Fraser.

4. Kundasang

Terletak lebih kurang 100 km dari Kota Kinabalu, suasana di sini sejuk dingin berlatar belakang pemandangan Gunung kinabalu. Lokasi wajib dikunjungi di kundansang ini adalah Dairy Fairy Farm, sebuah ladang ternakan lembu.

Di sini anda boleh merasai suasana percutian seolah-olah di New Zealand dengan kawasan sekitar yang berkabus.

5. Bukit Larut

Bukit Larut dahulunya dikenali dengan Bukit Maxwell. Percutian di sini sesuai buat pasangan yang menginginkan suasana sunyi, dingin dan damai di atas puncak bukit. Anda akan disajikan panorama limpahan cahaya di seluruh Taiping dan dapat melihat kerlipan lampu bot nelayan di laut Selat Melaka.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top