5 Jenis Sukan Paling Mahal Di Dunia
Buletin

5 Jenis Sukan Paling Mahal Di Dunia

Sekarang berlangsungnya Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur. Boleh dikatakan acara kali ini cukup meriah. Lebih manis semalam Malaysia berjaya mendapatkan pingat emas ke-111.

Sebut je pasal sukan, paling bermakna apabila sukan dapat menyatukan kita semua. Apabila melibatkan Malaysia, semua rakyat bersatu.

Pejam celik, Sukan SEA sudah sampai ke kemuncak. Jadi, kali ini kami akan kongsikan 5 jenis dan acara sukan paling mahal di dunia. Selalunya yang nombor 2 selalu dapat perhatian.

1. Lompat Ski

Sukan ini popular di negara luar seperti Norway yang mempunyai banyak pergunungan salji. Kos peralatan asas yang diperlukan mencecah AS$2,500 (RM 11,071) dan memerlukan khidmat jurulatih yang mahir dan sudah tentu kos bayaran sangat tinggi. Sukan lompat ski ini, memerlukan peruntukan sekurang-kurangnya AS$100,000 (RM 420,000) setahun.

2. Polo

Anda boleh lihat sendiri sukan ini diminati oleh anak kerabat diraja. Sukan ini mewajibkan atlet memiliki kuda lebih daripada seekor. Sepasang kuda perlu menjalani latihan yang menelan kos kira-kira AS$2,500 (RM11,000) sebulan. Bagi menyertai pertandingan, atlet tersebut perlu membelanjakan AS$3,500 (RM14,000) hingga AS$150,000 (RM640,000).

3. Equestrian

Sukan Equestrian ini memerlukan kemahiran menunggang serta mengawal kuda. Bagaimanapun, kos diperlukan sangat tinggi merangkumi latihan dan penyelenggaraan kuda. Kos untuk memasuki pertandingan Equestrian peringkat antarabangsa memerlukan kos sekitar AS$200,000 (RM850,000) setahun tidak termasuk harga untuk membeli kuda.

4. Formula One

Pengarah Eksekutif Mercedes AMG Petronas Formula One Team, Toto Wolff mendedahkan pelumba perlu melalui banyak fasa yang memerlukan kos sangat tinggi sebelum mendapatkan lesen pemandu F1. Kata Wolff, kanak-kanak yang menunjukkan minat perlu beraksi dalam perlumbaan Go Kart terlebih dahulu dan seterusnya beralih kepada perlumbaan F4, F3 dan F2 yang memerlukan perbelanjaan kira-kira RM47.71 juta.

5. Pelayaran

Tahukah anda bahawa sebuah kapal layar jenis AC72 yang mengambil bahagian dalam acara American Cup memerlukan kos sehingga ratusan juta ringgit termasuk kos penyertaannya dalam perlumbaan yang mengambil masa beberapa bulan.

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top