5 Perkara Wanita Sanggup Lakukan Untuk Membuang Bulu!
Buletin

5 Perkara Wanita Sanggup Lakukan Untuk Membuang Bulu!

Bila dah mencapai umur baligh atau datang haid, akan mula tumbuh bulu yang membuatkan setiap wanita rasa tidak selesa.

Antaranya di sekitar ketiak, kaki, dan bikini. Bukan di kawasan itu saja, ada segelintir wanita yang mempunyai masalah bulu di atas bibir dan wajah.

Apa yang menjadi masalah ialah cara untuk membuang bulu tersebut. Pasti ramai wanita mengharapkan ada cara mudah untuk hilangkan bulu.

Kami dedahkan 5 perkara wanita sanggup lakukan untuk membuang bulu!

1. Melakukan cukuran

Ini antara perkara pertama wanita akan terfikir untuk membuang bulu. Namun tahukah anda, cukuran membuatkan kulit mudah luka. Apabila terjadinya luka, kulit akan terdedah dengan kuman dan bakteria. Akhirnya, luka tersebut akan meninggalkan parut dan menjejaskan penampilan anda.

2. Gunakan alat mencabut bulu seperti Tweezer/Epilator

Ini antara perkara menakutkan wanita sanggup lakukan untuk membuang bulu.  Bukan saja rasa sakit, ia juga mengambil masa yang lama untuk melakukannya. Harga tweezer boleh dikatakan agak murah kerana ianya kecil. Namun ia hanya mempunyai satu mata dan agak sukar untuk digunakan. Epilator pula lebih besar dan mempunyai banyak mata, namun harganya agak mahal mengikut jenama tertentu.

3. Waxing

Hanya mereka yang berani saja yang akan melakukannya. Ada segelintir kaum wanita sukakan cara ini kerana ia mampu membuang bulu sehingga yang paling halus. Tetapi lebih ramai wanita yang menolak cara ini kerana ianya menyakitkan, memakan masa yang lama dan harganya boleh dikatakan agak mahal untuk satu sesi.

4. Guna cara tradisional/semula jadi

Bila sebut saja cara tradisional dan semula jadi, pasti akan terfikir betapa lecehnya nak buat. Antara bahan yang sering digunakan untuk membuang bulu seperti buah betik, lemon, madu dan kunyit. Tapi cara ini bukan mudah untuk dilakukan dan ianya memakan masa. Jika anda nak dapatkan hasil yang pantas, cara ini memang tidak berkesan.

5. Gunakan Veet! Dijamin berkesan, selamat & mudah!

Jenama Veet tidak perlu diperkenalkan lagi. Jenama ini memang menjadi pilihan untuk membuang bulu.

Apa kata anda cuba produk terbaru ‘Veet Sensitive Touch’! Apa yang menarik tentang produk ini?

Walaupun kecil, trim elektrik ini sangat luar biasa & sesuai untuk seluruh badan. Lebih menarik, ianya sangat sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.

Sesuai untuk membuang bulu di bawah lengan, kaki, bikini dan membentuk kening!

Sangat mudah digunakan, selamat, tidak menyakitkan dan sesuai untuk wajah.

–  Ia hadir dengan empat jenis mata khas & ianya boleh dilaras.

Mudah dibawa kemana sahaja & ianya seperti mascara!

Dapatkan Veet Sensitive Touch di Guardian   ataupun untuk memudahkan anda, Veet Sensitive Touch kini boleh didapati online di laman web  Guardian. Tunggu apa lagi!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top