5 Rahsia Song Ji Hyo Kekal Cantik & Awet Muda
Kecantikan

5 Rahsia Song Ji Hyo Kekal Cantik & Awet Muda

Ramai yang tidak menyangka usia wanita cantik ini sudah menginjak 36 tahun. Walaupun sentiasa melakukan aksi lasak dalam rancangan Running Man, namun Ji Hyo kekal cantik.

Lebih menarik tentang Ji Hyo ialah dia jarang mengenakan mekap tebal di wajahnya. Pakar pembedahan plastik juga mendedahkan, kecantikan Song Ji Hyo adalah semula jadi.

Mesti ramai nak tahu apa rahsia Song Jo Hyo kekal cantik dan sentiasa nampak muda!

1. Sentiasa cukup tidur

Sebagai seorang selebriti yang sentiasa sibuk, Song Ji Hyo sentiasa memastikan waktu tidurnya sentiasa cukup. Baginya tidur yang cukup sangat penting untuk miliki kulit sihat dan berat badan ideal. Mesti ramai yang perasan, Ji Hyo boleh tidur dimana saja dia berada!

2. Sentiasa berfikiran positif

Ji Hyo pernah berkata walaupun terpaling dengan gosip dia sentiasa hadapinya dengan senyuman dan berfikiran positif. Baginya stres merupakan punca utama penuaan dan merosakkan kecantikan.

3. Sentiasa kekal aktif & bersukan

Menurut Ji Hyo rancangan Running Man memerlukan untuk berlari, menari dan kekal aktif. Ia sekaligus membantunya untuk membakar kalori.

4. Sentiasa memakai pelembab kulit & Facial Mist

Jurumekap terkenal di Korea mendedahkan, kulit Ji Hyo sangat cantik sehingga tidak perlukan mekap yang tebal. Rahsianya, Ji Hyo sentiasa memastikan kulitnya dalam keadaan lembab dan sentiasa menggunakan facial mist.

5. Memakai krim tabir suria

Program Running Man memerlukan Song Ji Hyo sentiasa berada di bawah cahaya matahari. Rahsia kulit Ji Hyo sentiasa cerah ialah dia sentiasa memakai sunblock sebelum beraksi di luar. Kalau anda perasan, Ji Hyo juga selalu memakai topi untuk elakkan dari sinaran matahari.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top