5 Sebab Anda Kerap Digigit Nyamuk Dari Orang Lain
Kesihatan

5 Sebab Anda Kerap Digigit Nyamuk Dari Orang Lain

Siapa diantara anda yang sering menjadi mangsa gigitan nyamuk? Kadang-kadang tu, anda seorang je jadi mangsa, orang lain tak kena gigit pun.

Orang selalu cakap, jika anda selalu digigit nyamuk tandanya darah anda manis. Itu mitos semata-mata. Ini sebenarnya punca anda kerap digigit nyamuk.

1. Badan mengandungi banyak karbon dioksida

Manusia yang memiliki tubuh besar atau mengandung akan mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida dan secara tidak langsung ia menjadi pilihan gigitan serangga.

2. Suhu badan yang lebih tinggi berbanding yang lain

Mereka yang bertubuh besar dan wanita mengandung kebiasaannya mempunyai suhu badan tinggi, selain itu, orang yang baru lepas melakukan senaman juga akan memiliki suhu badan tinggi berbanding normal.

3. Jenis darah menjadi faktor anda digigit

Kajian menyatakan darah jenis O lebih digemari oleh nyamuk berbanding darah jenis A. Walaupun begitu, tiada kajian lanjut tentang perkara ini.

4. Komposisi mikrob pada kulit anda

Kita semua mempunyai flora mikrob yang unik dan cantik yang hidup di kulit kita. Malah, kita mempunyai lebih banyak mikrob pada kulit kita berbanding sel-sel kulit yang sebenarnya. Dan komposisi unik mikrob anda mempengaruhi berapa nyamuk yang mahu menggigit anda.

5. Aktif Bersukan

Senaman meningkatkan jumlah asid laktik yang dirembeskan oleh kulit anda, serta meningkatkan suhu tubuh. Untuk nyamuk, ini adalah makanan yang lazat.

Sumber: Sinar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top