5 Sebab Wanita Lebih Sukakan Lelaki Berbadan Besar!
Cinta

5 Sebab Wanita Lebih Sukakan Lelaki Berbadan Besar!

Percaya tak jika kami katakan bahawa wanita lebih sukakan lelaki berbadan besar sebagai pasangan hidup?

Menurut kajian, wanita lebih sukakan lelaki berbadan besar sebagai pasangan kerana sifat-sifat mereka dan wanita rasa lebih yakin.

Kajian menjelaskan 5 sebab mengapa wanita lebih sukakan lelaki berbadan besar.

1. Hubungan intim lebih baik

Apabila ditanya mengapa lelaki berbadan besar sangat hebat ketika berasmara, 42 peratus wanita memilih jawapan, lelaki berbadan besar lebih mengutamakan keinginan wanita daripada apa yang mereka inginkan.

2. Lelaki badan besar lebih penyayang

Ini mesti ramai tak percaya. Namun kajian membuktikan, 42 peratus wanita mengakui lelaki berbadan besar lebih penyayang dan lemah lembut.

3. Lelaki gemuk seorang yang kelakar

Banyak kajian mendedahkan wanita tertarik pada lelaki kelakar. Selalunya lelaki gemuk bijak berjenaka. Walaupun tidak semua lelaki gemuk boleh berjenaka, kita sudah setkan bahawa lelaki gemuk sangat melucukan.

4. Wanita rasa lebih yakin

Kajian mendedahkan, 27 peratus wanita merasakan, lelaki berbadan besar kurang peka dengan badan wanita ketika berasmara. Ia sekaligus meningkatkan keyakinan diri seorang wanita.

5. Lebih setia

Lelaki berbadan besar dianggap lebih setia. Disebabkan kurang keyakinan diri, lelaki berbadan besar tidak mempunyai keinginan untuk menduakan pasangan mereka.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top