5 Selebriti Malaysia Hidap Kanser & Penyakit Serius
Uncategorized

5 Selebriti Malaysia Hidap Kanser & Penyakit Serius

Baru-baru ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penyanyi dan pelakon Elyana menghidap penyakit kanser sejak 7 tahun lalu.

Penyakit kanser antara penyakit yang membawa maut. Namun ianya masih boleh diubati. Selain Elyana, kami senaraikan 4 selebriti Malaysia lain yang pernah menghidap penyakit kanser.

Nazim Othman

Pada tahun 2015, Nazim Othman disahkan menghidap penyakit di bahagian otak. Ada yang mengatakan Nazim menghidap kanser otak. Ketumbuhan pada otaknya terletak di antara bahagian mata kanan dan di atas hidung kanannya. Pembedahan tersebut berjaya dan kini Nazim lebih sihat dan menjalani hidup lebih kuat.

Ras Adiba Radzi

Pada tahun 2002, penyampai berita Ras Adiba Radzi jatuh ketika mahu mengambil barang di dalam almari yang tinggi. Namun dia sangkakan cuma terseliuh biasa dan dibawa ke hospital. Ketika bangun dari katil untuk ke tandas, dia terjatuh lagi. Kakinya mula tidak terasa dan disahkan lumpuh separuh badan.

Ifa Raziah

Ifa Raziah tidak menyangka sakit perut yang dialaminya rupa-rupanya menghidap empat penyakit bahagian dalaman. Ifa mengalami masalah bengkak hati, hiatus hernia di bahagian usus besar, refluks asid dan ketumbuhan fibroid dalam rahim sebesar tiga sentimeter. Ifa menjalani pembedahan selama tujuh jam dan kini dia semakin pulih serta semakin aktif dalam dunia hiburan.

Amin Hayat

Pembaca berita TV9, Amin Hayat pernah melalui saat getir berdepan masalah keguguran rambut yang kronik atau dikenali sebagai alopesia. Amin mengejutkan penonton berita di saluran TV9 selepas tampil dengan imej tanpa rambut atau botak ketika bersiaran. Alopesia menyebabkan keguguran rambut di bahagian belakang kepala secara bertompok-tompok dan dia memutuskan membotakkan kepala untuk kelihatan kemas.

Erneelya Elyana Emrizal

Penyanyi Elyana membuat pengakuan bahawa dia menghidap kanser limfoma tahap 4. Kenyataan tersebut dibuat sewaktu penyingkirannya dalam program Gegar Vaganza 4 (GV4). Elyana berkata dia disahkan menghidap penyakit itu sejak tujuh tahun lalu. Namun, dia membuat keputusan untuk berhenti melakukan rawatan kimoterapi kerana mahu tumpukan pada persembahan Gegar Vaganza.

SUMBER

1 Comment

1 Comment

  1. Belang Tarung

    December 8, 2017 at 10:53 am

    oh Amin Hayat pembaca beritu tu ade sakit rupanya..igtkan style dia buat botak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top