5 Selebriti Popular Yang Menyambut Cahaya Mata Baru
Buletin

5 Selebriti Popular Yang Menyambut Cahaya Mata Baru

Baru-baru ini industri seni tanah air digemparkan dengan berita gembira dimana, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini hamil anak sulung. Mesti ramai tak sabar nak tengok anak Tok Ti.

Tidak dilupakan ucapan tahniah buat selebriti yang baru sahaja menyambut cahaya mata baru-baru ini.

1. Datuk Jovian Mandagie

Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie dan isteri Datin Nina Ismail Sabri baru saja menyambut cahaya mata sulung perempuan pada 1 November lalu.

2. Sharifah Aleya

Pelakon dan DJ Sharifah Aleya juga selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 30 Oktober 2017. Aleya turut memuat naik nukilan tentang kelahiran anak keempatnya itu yang overdue selama dua hari dan terpaksa dilahirkan secara induksi.

3. Fynn Jamal

hello there, lil bunny wabbit.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Penyanyi dan instafamous Fynn Jamal juga tidak terkecuali. Fynn Jamal baru saja mengambil anak angkat kedua yang dinamakan sebagai Sakti Kencana Fitri pada 1 November lalu.

4. Dato Fazley Yaakob

The best thing this year for me.. being a father for the 4th time. #AlaynaSelma #EllieFazley

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Penyanyi dan Masterchef Selebriti, Dato’ Fazley Yaakob baru menimang cahaya mata keempat pada 5 Oktober lalu. Ia merupakan kelahiran yang dinanti-nantikan oleh beliau dan isteri, Datin Azrene Soraya Ahmad setelah memiliki tiga anak lelaki.

5. Amyra Rosli & Amar Baharin

My heroes 😘 #Amyramar #AmyramarJr #EndlessLove

A post shared by Madam Amar (@aamyrarosli) on

Pasangan pelakon, Amyra Rosli dan Amar Baharin baru-baru ini selamat menimang anak sulung lelaki pada 15 Oktober lalu. Bayi lelaki sulung ini sudah pun memiliki akaun Instagram @amyramarjr.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top