6 Perkara Anda Tak Patut Kongsikan Di Media Sosial
Buletin

6 Perkara Anda Tak Patut Kongsikan Di Media Sosial

Sekarang ni dah ada macam-macam jenis media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan macam-macam lagi.

Rasa pelik bila orang tu tak pernah ada media sosial. Kalau orang tua tu faham la juga kalau tak ada. Tapi sekarang mak ayah kita pun dah ada semua tu.

Tapi bahaya jika anda salah gunakan media sosial untuk post atau share perkara yang tak patut anda kongsikan.
Silap-silap boleh memalukan diri sendiri pula nanti. Jadi viral baru tahu nanti!

1. Masalah dengan boyfriend / girlfriend

Kalau ye pun tengah bergaduh dengan pasangan, tak perlulah sampai nak bagi tahu tahu dunia. Kalau anda tu popular tak apa la juga. Boleh jadi publisiti. Buat orang menyampah je nanti.

2. Lepaskan marah tentang bos/rakan sekerja

Facebook fail status

Bila bekerja ni kena la ada sikap profesional. Korang bukan budak sekolah lagi nak lepaskan marah dekat media sosial. Tak puas hati cakap je depan-depan lebih senang.

3. Show off dengan duit banyak-banyak

Kalau banyak duit pun tak perlulah sampai nak share dekat media sosial. Takut perkara buruk jadi nanti bila orang tahu anda ni banyak duit.

4. Post gambar kawan-kawan yang tak berapa nak semegah

Nak bergurau boleh tapi biarlah berpada-pada. Agak-agak gambar tu tak senonoh dah boleh mengaibkan seseorang, janganlah korang share. Kesian kawan anda tu nanti.

5. Perbualan peribadi, konon sweet la sangat!

Ramai perempuan suka share perbualan peribadi dengan boyfriend. Konon nak tunjuk dekat public yang boyfriend awak tu sweet la sangat! Tak perlu la nak tunjukkan kemesraan yang bukan ‘Halal’ cik adik oi!

6. Maklumat peribadi & maklumat sulit

Jaga-jaga. Tak semua benda kita boleh share. Kalau setakat umur berapa, sekolah dekat mana tu tak apa la. Tapi kalau nak share alamat rumah, nombor telefon semua tu memang bahaya sangat!

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: 6 Sebab Mengapa Suami Curang – Informasi Terkini Media Massa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top