6 Sebab Hero Korea Jadi Kegilaan Gadis Malaysia
Kpop

6 Sebab Hero Korea Jadi Kegilaan Gadis Malaysia

Semalam berita kedatangan pelakon popular Korea Song Joong Ki, So Ji Sub & Hwang Jung Min ke Malaysia menjadi perhatian umum.

Kehadiran tiga aktor popular itu ke Kuala Lumpur adalah bersempena dengan tayangan gala filem terbaharu mereka, The Battleship Island selain bertemu peminat.

Kebanyakan wanita di seluruh dunia bersetuju bahawa pelakon Korea memang sangat kacak. Jika anda melihat lakonannya didalam drama tentu ramai yang jatuh cinta dan tertarik dengan pelakon drama tersebut.

Hebat betul penangan hero korea ni kan. Mari kita lihat antara faktor-faktor mengapa mereka menjadi kegilaan gadis malaysia.

1. Sebab Kulit Mereka Lebih Flawless Dari Perempuan

Kulit mereka sangat cantik dan halus, bukan sahaja perempuan malah lelaki turut menjaga kulit mereka. Tidak hairan lah mereka menjadi kegilaan gadis-gadis malaysia kan. Mereka mengamalkan makan nasi pulut dan juga sayur-sayuran. Sebab itu kulit mereka sihat dan cantik.

2. Hebat Menari

Mereka bukan sahaja kacak dan menarik, malah mempunyai bakat dalam tarian. Tengok saja mereka menari kita pula yang rasa seronok.

3. Pandai Ambil Hati Peminat

Personaliti mereka yang begitu soft spoken ini ternyata mampu mencairkan hati setiap peminat. Mereka tidak sombong dan mudah didekati peminat.

4. Tak Berlakon Cerita Rempit & Gangster

Susah untuk kita melihat mereka berlakon didalam filem atau drama yang berkaitan lumba kereta atau cerita gangster. Kebanyakkannya cerita tentang cinta dan kasih sayang antara keluarga. Gadis malaysia memang suka tengok lelaki romantik, dengan muka yang kacak dan watak romantik boleh buatkan gadis-gadis cair bila menontonnya.

5. Penampilan Yang Kemas

Sedap mata memandang. Itu lah yang boleh disimpulkan apabila melihat penampilan selebriti lelaki Korea. Majoriti daripada mereka tampil dengan imej yang begitu kemas dan tidak takut untuk mencuba pelbagai jenis fesyen.

6. Tak Control Macho

Satu perkara yang membuatkan artis Korea digilai ialah karakter mereka yang tak control macho. Sebagai contoh jejaka-jejaka di dalam program Running Man, walaupun kacak tapi selamba je redah semua task.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top