6 Sebab Lelaki Curang Walaupun Sudah Berkahwin!
Cinta

6 Sebab Lelaki Curang Walaupun Sudah Berkahwin!

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita seorang artis lelaki yang dikatakan curang ketika isterinya dalam pantang.

Kesetiaan sangat penting dalam memastikan hubungan antara pasangan berkekalan. Namun antara faktor utama terjadinya pergolakan rumahtangga adalah disebabkan orang ketiga dan pasangan yang curang.

Bila sebut pasal curang je, mesti akan dikaitkan dengan lelaki. Apa sebabnya lelaki curang walaupun sudah berkahwin? Atau lelaki ni memang tak pernah puas dengan satu wanita??

1. Sekadar suka-suka

Lelaki terkenal dengan egonya. Mereka curang untuk menguji sejauh mana isteri sayang suami.Mereka juga hendak tahu samada mereka masih mampu atau tidak untuk memikat hati wanita lain.

2. Rasa diri masih muda & menarik

Walaupun sudah tua, ada lelaki masih mampu untuk curang kerana merasa diri mereka menarik dan muda. Oleh itu, perempuan haruslah berhati-hati dan selalu peka dengan perubahan pasangan anda.

Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Frontiers In Psychology menyatakan lelaki yang kaya dan berduit, akan lebih kerap beranggapan pasangannya kurang menarik dari segi kecantikan.

3. Mereka rasa tak salah pun curang

Curang bukan satu kesalahan di mata lelaki asalkan ia tak melibatkan hubungan intim. Tapi, jika sudah terlanjur, buruk padahnya.

4. Benci dengan pasangan

Lelaki juga boleh silap memilih pasangan hidup. Jika silap memilih, lelaki yang sudah hilang sabar akan mencari perempuan yang lebih baik mampu menjaga dan melayannya.

5. Bosan dengan pasangan

Lelaki cepat bosan dengan pasangan yang terlalu manja dan mengada-ngada. Lelaki pula tak suka berbincang dengan pasangan tapi cuma menunjukkan perubahan tingkah laku sebagai tanda protes.

Dalam hal ini, lelaki akan berharap untuk dijodohkan dengan pasangan yang lebih baik dan dapat menggantikan pasangan lamanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top