Baru Dibuka Tapi MRT Diancam Vandalisme
Buletin

Baru Dibuka Tapi MRT Diancam Vandalisme

Tidak sampai 150 jam beroperasi, kemudahan Transit Aliran Massa (MRT) aliran Sungai Buloh – Kajang yang baru dilancarkan beberapa hari lalu sudah pun diancam vandalisme.

Memetik laporan Astro Awani, sampah sarap sudah kelihatan di stesen dan puntung rokok dibuang merata-rata terutama di kawasan luar stesen.

Lebih mengejutkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mencalarkan serta merosakkan tempat duduk di kawasan platform.

Ada beberapa tempat duduk terpaksa dikeluarkan dikeluarkan sementara bagi kerja membaik pulih akibat ditoreh oleh pengguna.

Di Stesen MRT Merdeka pula lain ceritanya. Binaan dinding yang unik membawa mesej Rukunegara turut diancam apabila ada kanak-kanak yang cuba memanjat dinding tersebut.

Bagi Pengarah Strategik Komunikasi dan Pihak Berkepentingan MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah, perkara ini amat menyedihkan malah situasi ini menunjukkan seolah rakyat Malaysia belum bersedia untuk menerima pengangkutan awam yang canggih dan bertaraf dunia.

Sumber: Astro Awani

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top