7 Hak Penumpang Kapal Terbang Anda Perlu Tahu
Buletin

7 Hak Penumpang Kapal Terbang Anda Perlu Tahu

Ramai yang beranggapan menaiki kapal terbang sangat melecehkan. Banyak masalah yang dihadapi seperti penangguhan penerbangan, kehilangan beg bagasi dan juga kekurangan bantuan daripada staf.

Ini yang ramai tidak tahu! Jika terjadi masalah-masalah tersebut, anda sebenarnya mempunyai hak sebagai pengguna!

Menurut Malaysian Aviation Commission (MAVCOM), pengguna sebenarnya mempunyai pelbagai hak yang boleh disuarakan sekiranya jadual penerbangan tidak berjalan seperti yang dirancang. Hak sebagai penumpang juga sah kepada penerbangan di luar negara dan bukan hanya tertakluk kepada peraturan di Malaysia.

Berikut merupakan tujuh hak yang perlu anda ingat apabila anda menaiki kapal terbang.

1. Jika jadual penerbangan anda ditangguhkan

Jika penerbangan ditangguhkan sekurang-kurangnya selama dua jam, penumpang boleh menikmati makanan, panggilan telefon dan juga akses internet secara PERCUMA!

Jika penerbangan ditangguhkan sekurang-kurangnya lima jam, penumpang boleh menikmati penginapan hotel dan pengangkutan ke tempat penginapan secara PERCUMA!

2. Jika penerbangan anda dibatalkan

Para penumpang diberik pilihan sama ada mendapatkan jumlah keseluruhan pembayaran balik bagi tiket penerbangan, mengubah haluan penerbangan tanpa sebarang caj tambahan atau penggantian penerbangan secara percuma.

3. Jika anda tidak dibenarkan menaiki penerbangan anda

Syarikat penerbangan perlu memberikan anda makanan percuma, panggilan telefon percuma, akses internet secara percuma, pengangkutan dan penginapan hotel atau membuat pembayaran semula serta mengubah haluan penerbangan tanpa sebarang caj tambahan sebagai ganti.

4. Jika barangan peribadi anda hilang atau rosak

Syarikat penerbangan perlu membayar ganti rugi jika mereka telah menghilangkan barangan yang telah diperiksa atau barangan tersebut tidak diterima selepas tempoh 21 hari.

5. Jika anda mahu membuat aduan

Anda boleh memfailkan aduan kepada MAVCOM dan maklum balas akan diterima dalam tempoh tujuh hari.

6. Penumpang yang kurang upaya

Penumpang yang tergolong sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) mempunyai hak untuk diteman sewaktu ke kaunter kemasukan, berlepas dan ketika hendak mendarat.

Penumpang OKU juga boleh mendapatkan bantuan daripada pekerja penerbangan untuk mendaftar bagasi, menyimpan serta mendapatkan semula beg bagasi. Selain itu, bantuan semasa prosedur imigrasi juga boleh diperolehi.

7. Untuk menuntut ganti rugi

Sekiranya anda membeli insurans sebelum mengembara, anda boleh menuntut ganti rugi berkenaan keadaan tertentu bergantung kepada polisi insurans yang anda beli.

Keadaan yang dimaksudkan adalah penangguhan penerbangan, berlaku lebihan tempahan dalam penerbangan, kelewatan beg bagasi, pembatalan penerbangan dan juga rawatan perubatan.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top