10 Perkara Menarik Tentang Tunku Tun Aminah
Buletin

10 Perkara Menarik Tentang Tunku Tun Aminah

Puteri Sultan Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah, 14 Ogos ini.

Istiadat perkahwinan pasangan pengantin diraja akan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat Melayu dan budaya Istana Johor. Istiadat pertunangan pula akan diadakan pada 10 pagi, 14 Ogos, di Istana Bukit Serene, diikuti istiadat nikah.

Tapi rasanya ramai yang masih tidak tahu siapa sebenarnya Tunku Tun Aminah.

1. Puteri tunggal dalam keluarga

Yang Amat Mulia Tunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim Ismail dilahirkan pada 8 April 1986 merupakan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik dan mesra disapa sebagai “Tunku Inah”.

2. Pencinta haiwan

Tunku Aminah merupakan pecinta haiwan, antaranya kucing, harimau dan ular. Beliau juga telah merancang untuk merubah wajah serta mempertingkatkan infrasturktur Zoo Johor.

3. Minat melukis & fesyen

Tunku Aminah merupakan penaung Johor Design Association, sebuah persatuan yang diwujudkan khusus untuk anak Johor yang berbakat dalam bidang fesyen. Beliaa mewarisi bakat ibunya yang suka melukis.

4. Mengakui lebih rapat & manja dengan Ayahanda

Namun ianya bukan satu tiket besar untuk Tunku Inah mendapatkan apa yang diingini dengan mudah. Ada perminataan yang tidak ditunaikan oleh Paduka Ayahandanya.

5. Mempunyai produk kecantikkan

Beliau juga telah mengeluarkan rangkaian set penjagaan kulit iaitu “Luvins The Royal Art of Beauty” by Tunku Aminah. “Luvins” adalah berasal daripada perkataan “Luv Ina”.

6. Peminat tegar coffee

7. Sangat sukakan kasut & beg tangan

Lihat saja koleksi yang dimiliki oleh Tunku Inah, memang boleh buat ramai wanita diluar sana menangis.

8. Suka bertinju

Kekandanya TMJ pernah ditegur Ayahanda Sultan Johor kerana sering mengajak Tunku Aminah bergusti. Bila ditegur Ayahanda Sultan, barulah Tunku Aminah mula berpakaian feminin. Boleh tahan lasak.

9. Mempunyai limo berwarna PINK

10. Tunku Aminah berpengalaman meyertai Kembara Mahkota Johor

Tunku Inah pernah melalui pengalaman tidur berhimpit beralaskan tilam bersama keluarganya sewaktu bermalam di rumah penduduk kampung yang dilawatinya. Pengalaman tersebut menimbulkan rasa keinsafan dalam diri Tunku Aminah.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top