9 Rahsia Kulit Putih & Gebu Selebriti Korea
Kecantikan

9 Rahsia Kulit Putih & Gebu Selebriti Korea

Penangan K-Pop bukan saja di Malaysia, tapi di seluruh dunia. Rata-rata wanita inginkan kulit cantik, putih dan gebu seperti selebriti Korea.

Tidak dinafikan rahsia kecantikan mereka adalah rutin penjagaan kulit yang sempurna. Mereka sangat menitikberatkan penjagaan kulit. Dari mencuci hinggalah ke rawatan wajah.

Kalau nak kulit cantik seperti mereka, boleh ikuti 10 cara mudah ini.

1. Mencuci

Biasanya mereka akan melakukan cucian dua kali. Cucian pertama untuk membuang solekan. Selepas bilas bersih, cuci sekali lagi dengan menggosok perlahan kulit bagi merangsang peredaran darah.

2. Toner

Bertindak mengimbangi pH kulit dan menyediakan kulit anda untuk menerima manfaat atau khasiat produk penjagaan kulit lain yang digunakan selepas toner.

3. Essence

Sapu dengan cara ke atas pada pipi juga dahi. Essence membantu merawat kulit dan meningkatkan keupayaannya menyerap dengan mendapat manfaat produk lain.

4. Serum

Mereka tidak hanya menggunakan satu serum. Paling kurang mereka menggunakan tiga jenis serum yang khusus untuk menanggani masalah kulit tertentu seperti anti penuaan, merawat tompok hitam dan menghidrat.

5. Pupur/ Topeng perawatan kulit

Gunakan pupur atau topeng perawatan kulit dua kali seminggu. Sebaik-baiknya lakukan rawatan ini sebelum menggunakan toner.

6. Krim mata

Sapukan krim mata dua kali sehari, pagi dan malam. Ratakan secara tekan dengan perlahan menggunakan hujung jari. Jangan sekali-kali gosok.

7. Pelembap/ Topeng perawatan malam

Pada waktu siang, gunakan krim pelembap dan krim khusus sebelum tidur. Sekali-sekala gunakan topeng perawatan malam.

8. Semburan (mist)

Wanita Korea juga akan menyembur air perawatan kulit pada wajah mereka beberapa kali sehari bagi memastikan kulit wajah mereka kelihatan kekal segar

9. Rawatan wajah

Sekali-sekala, dalam dua minggu sekali atau sekali sebulan mereka akan lakukan rawatan muka di spa atau klinik pakar kulit.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top