Apple Perkenal Emoji Perempuan Bertudung
Buletin

Apple Perkenal Emoji Perempuan Bertudung

Baru-baru ini, Apple menyambut Hari Emoji Sedunia dan memperkenalkan emoji baru buat pengguna iOS yang akan dikemaskini pada tahun ini juga.

Antara emoji baru yang akan hadir nanti ialah emoji emoji sandwich, kelapa, T-Rex, zombie dan banyak lagi. Paling menarik perhatian ialah emoji perempuan bertudung.

Pengumuman Apple ini juga selari dengan pengenalan piawaian Unicode 10 yang telah diumumkan baru-baru ini yang menambah lebih 50 emoji baru sebagai piawaian terbaru.

Seperti biasa, Unicode akan mengeluarkan piawaian, dan pengeluar seperti Apple akan hadir dengan rekaan emoji khusus untuk platform mereka.

Selain itu, bersempena dengan Hari Emoji Sedunia ini juga, Apple memperkenalkan senarai filem di iTunes Movies menggunakan emoji sebagai tajuk filem.

Sumber: Amanz.my

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top