"Datuk Siti Terlalu Cantik Nak Disamakan Dengan Saya"
Buletin

“Datuk Siti Terlalu Cantik Nak Disamakan Dengan Saya”

Baru-baru ini, seorang penyampai berita RTM menjadi viral di media sosial apabila wajahnya dikatakan mirip penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza.

Sekali pandang memang hampir sama. Ramai pula yang menyangka pembaca berita tersebut adalah Datuk Siti.

Pembaca berita tersebut, Normazalina, terkejut apabila gambarnya membaca berita menjadi viral.

“Saya agak terkejut bila gambar-gambar saya membaca berita jadi viral. Rasanya Datuk Siti terlalu cantik untuk disamakan dengan saya.

“Sebenarnya memang dari dulu ada yang perasan persamaan ini dan mereka ini adalah Siti Zoners iaitu peminat Datuk Siti sendiri.

“Cuma sekarang ia jadi viral. Malah gara-gara itu juga telefon saya sampai ‘hang’ bila menerima Whatsapp dari rakan-rakan yang bertanyakan tentang perkara ini,” kata Lina.

Tambahnya lagi, mungkin persamaan yang dikatakan seperti Datuk Siti adalah kerana teknik solekan.

“Bila ramai yang tahu perkara ini termasuk jurusolek, mereka turut merias wajah saya sedikit sebanyak mengikut cara Datuk Siti sebab itu boleh nampak seakan Tok Ti,” jelasnya lagi.

Normazalina memulakan kerjayanya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2009 dan diberi peluang membaca berita pada 2010.

Tidak dinafikan wajahnya memang seiras Datuk Siti. Korang tengok la sendiri. Mana satu Datuk Siti dan mana satu Normazalina.

Sumber: Vanilla Kismis

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top