Diejek Muka Penuh Jerawat, Kini Gadis Ini Popular
Kecantikan

Diejek Muka Penuh Jerawat, Kini Gadis Ini Popular

Bagi wanita, jerawat adalah musuh nombor satu. Baru satu jerawat tumbuh, terus tak senang duduk. Jerawat di wajah sekaligus membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Belum lagi penuh jerawat satu muka.

Berbeza dengan gadis dari Sabah ini, walaupun diejek dan dihina, dia kini semakin popular di media sosial. Lebih mengagumkan, gadis ini tak malu untuk memuat naik foto wajahnya dipenuhi jerawat di Instagram.

Yang penting kita stay strong shak

A post shared by Charisa Debully (@charisafranc) on

Memetik laporan mStar, gadis bernama Charisa Debully ini memberitahu, wajahnya mula ditumbuhi jerawat dalam kuantiti yang banyak sejak tahun lalu ketika menduduki SPM.

Tambah Charisa, dek kerana wajahnya dipenuhi jerawat, dia sering ditegur malah ada rakan-rakan yang mengejek.

Nothing to say so hi 🙌🏻

A post shared by Charisa Debully (@charisafranc) on

“Kadang-kadang bila saya keluar rumah, ada orang yang tak dikenali datang tegur dan beri komen tentang wajah saya.

“Mereka tanya kenapa tak jumpa doktor? Sedangkan saya sudah lakukan pelbagai rawatan yang menelan ribuan ringgit untuk memiliki kulit wajah yang sihat.

Abo, ko okay? 😂

A post shared by Charisa Debully (@charisafranc) on

“Memang pedih apabila ada yang mengejek, tapi saya balas baik-baik sahaja. Mungkin mereka tidak faham jerawat ini tumbuh kerana faktor keturunan dan hormon,” katanya kepada mStar Online.

Pelajar tahun satu Diploma Muzik (Piano) di Institut Seni Sabah ini berhasrat untuk memberi inspirasi kepada gadis-gadis diluar sana untuk sentiasa yakin dengan diri sendiri dan bukan bergantung kepada paras rupa semata-mata.

Sumber: Oh Bulan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top