Diet Viral Hilang 10kg Tanpa Tinggalkan Nasi
Diet

Diet Viral Hilang 10kg Tanpa Tinggalkan Nasi

Setiap wanita impikan bentuk badan yang langsing dan sedap mata memandang. Siapa yang nak badan dia gemuk? Mesti semua nak kurus!

Mesti ramai di antara anda yang dah cuba macam-macam cara untuk turunkan berat badan tapi tak berjaya. Ada yang sampai 7 tahun tak makan nasi pun ada!

Baru-baru ini, tips diet dari lelaki ini, Harith Faisal viral di media sosial. Siapa sangka dalam masa 2 bulan dia berjaya turunkan berat badan sebanyak 10 kg dengan hanya minum teh hijau.

Siapa sangka tak tinggalkan nasi pun boleh kurus

Benda ni antara yang saya amalkan sepanjang saya diet 2 bulan ni. Yup! Hari ni genap 2 bulan saya mula diet. Dah dapat turun 10kg tanpa sebarang supplement. Diet kurang kalori.

Saya makan nasi, makan ayam, makan ikan, makan sayur, makan spegeti. Makan je, tapi saya kurangkan pengambilan. Memang tinggal air bergula kecuali masa cheat day.

Rupanya banyak khasiat & kebaikan teh hijau ramai tak tahu

Saya tak pasti betul ke tak dari segi saintifik. Tapi saya rasa sendiri, bila saya amalkan minum teh hijau ni, perut tak masuk angin, tak sebu dan tak kembung sepanjang diet saya ni.

Okay kejap. Saya google dulu. Tak sah kalau tak pakai skil menggoogle saya yang hebat sejak azali ni. Haha! Jadi, teh hijau ni katanya kalau kau amalkan dia setiap hari;

1. Dapat berikan tenaga.
2. Dapat tingkatkan pembakaran lemak.
3. Dapat tingkatkan metabolisma.
4. Sekaligus, dapat turunkan berat badan.

Sila cuba kepada yang tengah diet. Yang saya buat ni memang air teh hijau kosong. Takda gula, takda susu. Mula-mula rasa memang tak sedap. Lama-lama tak sedap jugak. Eh!

Teh hijau tak sedap?? Meh sini tengok yang mana sedap

Saya pakai dua brand teh hijau jenis uncang. Uncang jelah. Senang nak buat, kan. Sehari saya pakai 2-3 uncang saja. Biasa satu uncang, saya pakai 2 round sebab nak jimat.

1. Ahmad Tea Jasmine Green Tea 25 teabags harganya RM4.40 saja. (Sedap)

2. Boh Green Tea 50 Teabags harganya RM9.40 saja. (Kurang sedap)

Sumber: Facebook Harith Faisal

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top