Dua Gadis Bomba Ayu Curi Perhatian Netizen
Buletin

Dua Gadis Bomba Ayu Curi Perhatian Netizen

Baru-baru ini, aksi dua anggota bomba wanita yang terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran di Pasar Besar Seremban Sabtu lalu, mencuri perhatian ramai.

Selalunya kita tengok anggota bomba kacak je. Kali ini kita dapat lihat gadis ayu yang bertungkus lumus memadam kebarakan.

Foto kedua-dua gadis tersebut iatu Nor Maisarah Ibrahim, 27, dan Siti Norhaliza Zakaria, 19, tersebar di media sosial dan menjadi bualan hangat.

Mereka antara 40 pegawai dan anggota bertungkus lumus memadamkan kebakaran di pasar terbabit yang disifatkan kejadian terburuk tahun ini.

Walaupun bertubuh kecil, dua gadis ayu yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban itu membuktikan yang mereka bukan calang-calang orang.

Menurut Maisarah, sebelum ini dia bertugas sebagai jururawat tetapi menukar kerjaya sebagai anggota bomba kerana minat.

“Saya memang dah biasa buat aktiviti lasak kerana minat kepada cabaran dan sukan lasak sejak dari sekolah. Sebelum ini, saya bertugas sebagai jururawat tetapi menukar kerjaya sebagai anggota bomba kerana minat,” katanya seperti dipetik dari Sinar Harian.

Sementara itu, Siti Norhaliza pula mengakui pada mulanya dia malu apabila mengetahui gambarnya tular di laman sosial.

“Saya tak pernah terfikir pun nak jadi bomba dan tak minat pun. Tapi selepas cuba menyertai pasukan ini, rasa teruja dengan kerjaya ini timbul.

“Malah saya rasa bangga kerana sebagai seorang wanita, saya mampu bekerja dalam bidang yang ramai kaum lelaki. Bagi saya kerjaya bomba telah mendidik diri menjadi lebih berdisiplin,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top