Gadis Dirogol & Dipaksa Jilat Kemaluan Isteri Majikan
Buletin

Gadis Dirogol & Dipaksa Jilat Kemaluan Isteri Majikan

Sepasang suami isteri kini menjadi buruan polis selepas didakwa melakukan penderaan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bukit Merah, Kajang.

Memetik laporan Berita Harian, kejadian didakwa berlaku sejak Julai lalu selepas mangsa yang tidak bersekolah keluar dari rumah mengikut teman lelakinya berusia 18 tahun dan tinggal bersama suspek.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd berkata, mangsa dan teman lelakinya itu yang bekerja di sebuah kedai besi buruk milik pasangan itu mendakwa, dia dirogol beberapa kali dan turut dipaksa menjilat kemaluan isteri suspek.

Gambar Hiasan

Tambah pihaknya lagi, mangsa dan teman lelakinya juga didakwa sering dipukul menggunakan kayu, paip, besi dan penyangkut baju serta tangan oleh suspek dan isterinya, lapor Berita Harian.

“Mereka akan dipukul jika melakukan kerja yang tidak memuaskan hati. Mangsa juga mendakwa dirogol beberapa kali dan dipaksa menjilat kemaluan isteri suspek,” katanya menerusi satu kenyataan semalam, memetik akhbar tersebut.

September lalu, teman lelaki mangsa berjaya melarikan diri, manakala gadis itu melarikan diri pada 3 Oktober lalu dengan bantuan seorang lelaki tidak dikenali yang menghubungi bapa mangsa.

“Hasil pemeriksaan doktor di Hospital Kajang mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa serta kesan parut dan luka di bahagian telinga kanan, leher, belakang badan, kedua-dua belah tangan dan kaki mangsa, dipercayai dipukul,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376/324 Kanun Keseksaan dan polis sedang giat mengesan kedua-dua suspek.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top