Gambar Rasmi Pertama Tunku Tun Aminah, Dennis
Buletin

Gambar Rasmi Pertama Tunku Tun Aminah, Dennis

Minggu lalu, foto bakal suami Tunku Tun Aminah, Dennis Muhammad menjadi bualan hangat netizen. Hari ini, gambar rasmi pertama pasangan diraja ini menjadi perhatian.

Royal Press Office, Johor menyiarkan gambar rasmi pertama Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah yang dijadualkan berkahwin pada 14 Ogos ini.

Gambar yang menunjukkan Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad dalam pakaian tradisi Melayu dan pakaian kasual di Istana Bukit Serene di Johor Bahru itu, diambil pada minggu lalu.

Istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos, diikuti dengan istiadat nikah. Upacara bersanding pula diadakan jam 8 malam pada hari yang sama di Bilik Singgahsana, Istana Besar.

Tunku Tun Aminah dilahirkan pada 8 April 1986, anakanda kedua daripada enam beradik dan satu-satunya anak perempuan kepada Sultan Ibrahim Iskandar dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Bakal suaminya, atau nama asal Dennis Verbaas dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berhampiran Amsterdam, Belanda.

Sumber: BH Online

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top