Iklan Dove Tukar Baju Terus Putih Dikecam Teruk
Buletin

Iklan Dove Tukar Baju Terus Putih Dikecam Teruk

Syarikat produk kecantikan terkenal, Dove dikecam teruk selepas menghasilkan iklan yang didakwa berbaur perkauman.

Dalam iklan tersebut menunjukkan imej seorang wanita berkulit hitam berpakaian warna coklat, berubah menjadi wanita kulit putih dalam pakaian warna krim sebaik menanggalkan pakaian asalnya.

Iklan yang dibuat untuk mempromosi produk mandian itu membangkitkan kemarahan kerana dianggap tiada sensitiviti dan melibatkan kaum.

Pihak Dove bagaimanapun segera menurun iklan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapannya itu.

Menurut jurucakap syarikat itu, pihaknya terlepas pandang kesan daripada iklan yang dipaparkan dalam 4 imej, 2 gambar wanita berkulit gelap dan 2 wanita berkulit putih.

Sebelum ini, Dove dikatakan pernah melakukan kesilapan sama ketika melancar produk losyen untuk musim panas dengan label untuk kegunaan “kulit biasa ke kulit gelap”.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top