Ikut Jejak Ibu, Cik B Berlakon Muzik Video I Am Me
Buletin

Ikut Jejak Ibu, Cik B Berlakon Muzik Video I Am Me

Keputusan Datuk Seri Vida mencuba nasib sebagai penyanyi bukan sesuatu yang sia-sia apabila single sulungnya, I Am Me menjadi bualan hangat.

Walaupun lagu tersebit dikritik ramai, namun ia juga mendapat tempat di hati penggemar muzik tanah air. Dalam tempoh sebulan. video lirik I Am Me ditonton lebih 7.6 juta kali.

Memetik laporan Harian Metro, Datuk Vida kini sedang mempersiapkan diri untuk merakamkan video muzik rasmi I Am Me.

Lebih menarik, konsep muzik video tersebut sangat berbeza berbanding video muzik lain yang pernah dihasilkan.

“Idea asal daripada saya sendiri dan Ghaz akan menterjemahkannya dalam bentuk visual. Saya ingin menghasilkan video muzik seperti penyanyi antarabangsa, Katy Perry.

Tambah Vida lagi, muzik video I Am Me akan menampilkan aksi anaknya yang dikenali sebagai Cik B.

“Cik B pun semakin ramai pengikut di Instagram dan ada peminat sendiri. Jadi, dia akan berlakon dalam video muzik lagu ini,” katanya kepada Harian Metro.

Vida juga berharap agar video muzik baru itu mendapat tempat, sekali gus mencuri perhatian peminat muzik tanah air.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top