iPhone X Dinobat Telefon Paling Mudah Pecah di Dunia
Buletin

iPhone X Dinobat Telefon Paling Mudah Pecah di Dunia

Mesti ramai yang tak sabar untuk menantikan iPhone X yang bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Sejak diperkenalkan pada September lalu, rata-rata peminat Apple teruja untuk mendapatkan telefon pintar paling canggih di dunia itu.

Namun, sebuah syarikat pembekal warranti telefon, SquareTrade melaporkan, iPhone X adalah telefon pintar paling mudah pecah di dunia.

Sebelum ini gelaran tersebut dipegang oleh Samsung Galaxy S8. Dalam ujian jatuhan pertama, Samsung S8 menjadi telefon pintar pertama yang pecah pada semua bahagian dalam dan mendapat 76 daripada 100 markah.

Apple iPhone X pula dilabelkan sebagai rekaan telefon pintar yang mempunyai risiko 90 daripada 100 markah, melalui ujian mereka.

keputusan ujian square trade

Pada jatuhan pertama setinggi 6 kaki sudah cukup untuk merosakkan skrin telefon tersebut serta mencalarkan bahagian badan.

Jatuhan terus pada bahagian skrin pula menyebabkan bahagian skrin iPhone X retak dengan bahagian kacanya mula longgar. Bahagian belakang telefon tersebut yang juga diperbuat daripada kaca mengalami retak besar.

Peminat-peminat produk Apple menafikan dakwaan SquareTrade yang dikatakan lebih berminat untuk mempromosikan warranti tambahan, namun hasil sama turut diperolehi oleh pihak CNet, media gergasi Amerika Syarikat yang melakukan ujian yang hampir sama.

Sumber: Iluminasi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top