"Isteri Tolak Seks, Suami Derita Penderaan Emosi"
Buletin

“Isteri Tolak Seks, Suami Derita Penderaan Emosi”

Dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, seorang ahli parlimen menyatakan bahawa “emosi dan psikologi” suami boleh terganggu jika isteri enggan melakukan hubungan seks.

Menurut laporan The Star, Che Mohamad Zulkifly Jusoh, Ahli Parlimen Setiu, berkata suami boleh menderita dari segi fizikal, emosi dan psikologi.

“Lelaki secara amnya lebih kuat daripada wanita. Namun mereka boleh mengalami gangguan emosi dan psikologi, jika isteri enggan mengikut kehendak suami,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 di Dewan Rakyat semalam.

Che Mohamad Zulkifly Jusoh, Ahli Parlimen Setiu

Che Mohamad juga menyifatkan sekiranya wanita membantah pemintaan lelaki Islam untuk berkahwin lain juga dikira sebagai satu penderaan.

“Ada yang mahu berkahwin lebih dari satu tetapi perlu mendapatkan kebenaran dari isteri. Jika mereka tidak bersetuju akan menerima leteran,” kata Ahli Parlimen yang menyebabkan seluruh Dewan Rakyat ketawa.

Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, Ahli Parlimen Bagan Serai, juga turut membahaskan bagaimana seorang suami ingin melaporkan tentang keganasan rumah tangga.

Beliau berkata, wanita lebih banyak menceritakan tentang isu rumah tangga berbanding lelaki yang hanya bertindak berdiam diri kerana takut dan malu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top