Izara Aishah Paling Banyak Dicari Di Google Tahun 2017
Buletin

Izara Aishah Paling Banyak Dicari Di Google Tahun 2017

Baru-baru ini, Izara Aishah membuat kenyataan bahawa dia tidak diterima berlakon kerana tidak aktif di media sosial.

Namun Izara tidak perlu bimbang lagi kerana namanya antara paling popular di Google tahun 2017 walaupun kurang tawaran berlakon.

Nama pelakon jelita Izara Aishah menjadi selebriti paling banyak dicari menerusi Google sepanjang tahun ini. Berita pertunangan dan penikahannya bersama Adib Khalid antara yang menjadi tumpuan ramai.

Bukan itu saja, isu veil yang dipakai sewaktu majlis pernikahan turut menjadi perhatian dan buah mulut netizen.

Pelakon Wonder Woman, Gal Gadot menduduki tempat kedua, diikuti pelakon baru Hannah Delisah di tempat ketiga.

My weekend partner! 👫

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93) on

Turut menduduki 10 carta tersebut ialah Afifah Nasir dengan kontroversi karaoke, Alicia Amin serta Fathia Latiff yang hangat dengan kontroversi masing-masing.

Sumber: Beautifulnara

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top