Jangan Buat 5 Perkara Ini Kalau Nak Cepat Kurus
Diet

Jangan Buat 5 Perkara Ini Kalau Nak Cepat Kurus

Siapa yang tak nak cepat kurus? Tapi bukan senang nak kurus. Perlu berusaha dan kerja keras kerana untuk mendapatkan berat badan idaman memang mengambil masa.

Bila nak kurus je, pasti anda akan ‘Google’ tips-tips yang berguna untuk menguruskan badan.

Tapi sebenarnya, ada beberapa tips diet yang anda perlu abaikan atau elakkan kalau nak kurus dengan cepat.

1. Jangan banyak makan makanan pedas

Makan makanan pedas memang membantu membakar lemak, buat anda berpeluh dan menurunkan kandungan gula dalam darah. Tapi jika berlebihan ia boleh sebabkan masalah pencernaan dan merosakkan perut, jadi jangan lakukan tips makan pedas ini.

2. Jangan hanya minum air je

Minum air lebih banyak memang baik, tapi jangan hanya minum air kosong je. Diet air kosong saja akan buat anda lemas dan pengsan kerana tidak ada bahan bakar atau nutrisi yang masuk ke tubuh. Anda tetap perlu makan walaupun berdiet.

3. Jangan jadikan hari minggu untuk makan banyak

Jangan biasakan memberi reward “makan apa saja bila hari minggu”, kerana cadangan ini tidak akan membuat anda cepat kurus. Tak bermakna anda kurang makan sepanjang 5 hari, anda boleh makan sesuka hati setiap hari minggu. Memang takkan kurus la!

4. Tidak ada beza makan kuantiti kecil atau besar

Pasti anda pernah mendengar nasihat pemakanan jika mahu kurus, makan dalam kuantiti yang kecil. Tapi anda silap, setiap makanan yang mempunyai kalori tetap akan menyimpan kalori dalam tubuh. Bezanya anda makan banyak atau sikit.

5. Jangan banyak makan makanan berserat.

Makanan berserat memang sangat penting untuk melancarkan pencernaan dan buat kenyang lebih lama. Tapi makan terlalu banyak boleh buatkan anda sembelit.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top