Justin Bieber Cari Teman Wanita Jadi Bakal Isteri
Buletin

Justin Bieber Cari Teman Wanita Jadi Bakal Isteri

Umum mengetahui, selepas berpisah dengan penyanyi cantik Selena Gomez pada tahun 2015, Justin Bieber tidak mempunyai hubungan serius dengan mana-mana wanita.

Baru-baru ini, penyanyi yang popular dengan lagu “Love Yourself” itu meluahkan keinginannya untuk mencari teman wanita dan dijadikan sebagai isteri.

Menerusi dalam satu video viral, Justin Bieber membuat pengakuan dia inginkan hubungan yang serius dengan seseorang. Dia kini dikatakan sedang menjalani proses mencari teman wanita yang boleh dijadikan isteri.

Laporan media antarabangsa juga melaporkan, Bieber meminta bantuan paderi untuk menjalankan sesi uji bakat pencarian calon teman wanita.

Bieber dikatakan mencari seorang teman wanita yang mempunyai kepercayaan agama yang sama dengannya serta mahu mempunyai zuriat dengannya.

Sumber: Eh!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top