KAJIAN: Air Mata Mampu Hasilkan Tenaga Elektrik
Buletin

KAJIAN: Air Mata Mampu Hasilkan Tenaga Elektrik

Ada beberapa cara anda boleh lakukan untuk menghasilkan elektrik. Tapi tahukah anda bahawa anda boleh menghasilkan kuasa elektrik dengan air mata? Betul ke ni?? Fakta ke auta ni??

Penyelidik dari University of Limerick di Ireland baru-baru ini menjalankan uji kaji yang diterbitkan dalam jurnal Applied Physics Letter untuk menentukan bahan yang menghasilkan piezoelectricity, suatu bentuk tenaga yang terhasil dari tekanan.

Kajian mendapati, protein khas lysozyme yang terdapat pada putih telur, susu, air mata dan air liur, boleh menghasilkan kuasa elektrik apabila ditekan antara kaca.

“Walaupun piezoelectricity digunakan di sekeliling kita, kapasiti untuk menjana tenaga elektrik dari protein tertentu tidak pernah diterokai. Tahap piezoelectricity dalam kristal lysozyme adalah penting, “kata penulis utama Aimee Stapleton dalam satu kenyataan.

Para saintis percaya penemuan itu sekaligus boleh menghasilkan lebih banyak lagi penemuan yang boleh dihasilkan dari tubuh badan manusia.

Sumber: AJC.com

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top