KAJIAN: Orang Berjalan Ketika Tidur Lebih Bijak
Kesihatan

KAJIAN: Orang Berjalan Ketika Tidur Lebih Bijak

Gangguan tidur berjalan atau somnambulism (sleepwalking) adalah satu keadaan dimana seseorang bangun dan berjalan ketika sedang tidur. Tapi sebenarnya jika anda mengalami penyakit tersebut dianggap bijak.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Current Biology mendedahkan, individu yang memiliki kecenderungan berjalan ketika tidur berupaya melakukan beberapa kerja secara serentak lebih baik berbanding orang yang tidur normal.

Penyelidik berjaya membuat penemuan itu selepas menguji kemampuan orang yang berjalan ketika tidur untuk tidak mengendahkan gangguan semasa berjalan ketika mereka sedang berjaga.

Responden somnambulis juga diminta menyebut set nombor dalam urutan menurun sambil berjalan dalam kiraan tujuh langkah didapati dapat berjalan secara normal semasa bergerak ke objek sasaran.

Orang yang tidur normal pula tidak dapat berbuat demikian kerana cenderung untuk fokus kepada kiraan nombor yang dibuat dan langkahan lebih lambat sampai ke sasaran.

Ini menunjukkan golongan somnambulis mampu melakukan beberapa kerja pada satu masa dengan lebih baik berbanding orang normal.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top