"Kalau Sampai Mencabul Atau Seks, Itu Dah Melampau"
Buletin

“Kalau Sampai Mencabul Atau Seks, Itu Dah Melampau”

Wanita yang popular dengan gelaran “Gadis Shell” kesal dengan tindakan sekumpulan lelaki mencium dan memegang beberapa bahagian sensitifnya ketika bergambar.

Walaupun ia hanya papan poster dirinya, gambar-gambar yang menjadi tular itu telah mengundang kemarahan netizen kerana ia tetap dianggap satu bentuk pencabulan.

Berikutan itu, empunya badan sendiri, Nor Shafila meluahkan rasa tidak puas hati dan marah dengan tidakan tidak bermoral itu.

Katanya, selama ini dia tidak mengambil serius apabila terdapat pelanggan lelaki melakukan aksi-aksi ‘nakal’ seperti mencium, mencuit hidungnya atau memeluk gambar posternya.

Bagaimanapun, apabila gambar posternya seolah-olah ‘dicabul’ oleh beberapa lelaki menjadi tular, beliau berasa malu dan sedikit marah kerana menganggap ia keterlaluan.

Kalau usik sikit-sikit tu saya boleh terima lagi, tapi..

“Kalau usik sikit-sikit macam tutup mata, tarik hidung atau peluk pun saya boleh terima lagi sebab ia hanyalah poster…tapi kalau ke arah mencabul atau seks, saya anggap ia melampau.

“Mereka mungkin mahu bergurau, tapi saya rasa segan (malu) sebab itu diri saya walaupun ia hanya sekeping gambar,” lapor Mstar.

Saya maafkan lelaki tersebut, mamat tu pun dah minta maaf

“Nak marah sangat pun tak patut sebab ia hanya gambar. Kalau tak bagi sentuh langsung lebih baik jangan bergambar dari awal. Cuma saya harap janganlah ada yang bergambar macam tu lagi lepas ni.

“Boleh bergurau, tapi janganlah sampai jadi viral yang negatif. Sebelum ni pun viral sebab ramai terkejut dengan poster saya, ada juga yang patahkan tangan dan air mineral pada poster, saya OK saja,” katanya.

Wanita itu juga tidak terfikir untuk mengambil tindakan keatas individu yang ‘mencabul’ poster gambarnya, malah memaafkan sahaja mereka. Tetapi jika lepas ini ada lagi yang sengaja bergambar yang bukan-bukan semata-mata mahu viral, mungkin dia akan fikirkan sesuatu.

Sumber: Oh Bulan & Mstar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top