KJ Buat Ramai Gadis Indonesia Tak Keruan
Buletin

KJ Buat Ramai Gadis Indonesia Tak Keruan

Jika di Malaysia, ramai gadis-gadis tergila-gilakan Pengiran Muda Abdul Mateen. Tapi lain pula ceritanya di Indonesia.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sememangnya terkenal dengan gelaran ‘tall, dark and handsome’. Ternyata KJ bukan saja menambat hati gadis di Malaysia, malah menawan hati ‘cewek-cewek’ Indonesia!

Populariti KJ memang tidak boleh dipertikaikan lagi, ditambah pula dengan kemunculan beliau sebagai menteri pertama yang beraksi dalam Sukan SEA ke-29 baru-baru ini, melonjakkan lagi namanya.

Nama KJ kini trending di Twitter, apabila gadis-gadis Indonesia membandingkan Menteri Sukan Malaysia dengan Menteri Sukan Indonesia.

Ternyata ‘cewek-cewek’ Indonesia cukup kagum dengan ketampanan dan tubuh sasa Khairy yang sangat sesuai memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan.

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top