KL,PJ & JB Tersenarai Bandar Paling Bahaya Di Dunia
Buletin

KL,PJ & JB Tersenarai Bandar Paling Bahaya Di Dunia

Kuala Lumpur merupakan satu-satunya bandar raya di Asia Tenggara tersenarai antara 30 bandar dunia paling bahaya dari segi persepsi jenayah.

Memetik laporan Free Malaysia Today, laman Numbeo yang mengeluarkan kaji selidk tersebut menilai persepsi menyentuh soal jenayah, kos kehidupan, pencemaran, kesihatan, kualiti kehidupan, kesesakan lalu lintas dan hartanah.

Lebih mengejutkan, bandar raya Petaling Jaya dan Johor Bahru juga tersenarai di antara 100 tempat dengan indeks jenayah paling tinggi.

Kuala Lumpur ditempatkan pada tangga ke-29 dengan indeks jenayah dicatatkan 68.31.

Senarai 10 bandar raya dengan indeks jenayah paling tinggi menurut penilaian pengguna:

1. San Pedro Sula (Honduras)

2. Port Moresby (Papua New Guinea)

3. Pietermaritzburg (Afrika Selatan)

4. Caracas (Venezuela)

5. Fortaleza (Brazil)

6. Salvador (Brazil)

7. Johannesburg (Afrika Selatan)

8. Durban (Afrika Selatan)

9. Pretoria (Afrika Selatan)

10. Recife (Brazil)

Petaling Jaya tersenarai di tangga ke-40 manakala Johor Bahru di tempat 62. Dua bandar lain di Malaysia ialah Kuching tempat ke-118 dan Pulau Pinang ke-149.

Data Numbeo berdasarkan pengalaman dan persepsi orang ramai mengenai bandar raya serata dunia.

Menurut syarikat itu, data yang dikumpulkan tidak mewakili sebarang sumber rasmi atau dipengaruhi agensi kerajaan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top