Komik 'Gila-Gila' Edisi Pertama Berharga RM8,000
Buletin

Komik ‘Gila-Gila’ Edisi Pertama Berharga RM8,000

Bagi mereka yang membesar tahun 80an hingga 90an, pasti anda ingat lagi komik paling popular iaitu ‘Gila-Gila’. Memang pecah perut baca.

Jangan terkejut jika harga senaskhah komik Gila-Gila terbitan pertama boleh mencecah RM8,000, kata pengarah urusan majalah itu Jaafar Taib.

Katanya, komik itu yang memuncak popular pada 1980-an itu kini dianggap “rare” dan barang bersejarah yang ada nilai sentimental, lapor Harian Metro.

“Komik lain, contohnya, Superman terbitan pertama pada 1938, dijual pada harga RM3 juta.

“Majalah Gila-Gila era 1978 hingga 1990-an dijual dengan harga RM5,000 untuk dua kotak, itu masih belum luar biasa kerana satu naskhah terbitan pertama dijual dengan harga RM8,000 pun boleh berlaku,” katanya.

Bulan lalu, seorang peniaga dalam talian menawarkan dua kotak majalah humor itu yang masih bertapak hingga kini pada harga RM4,900.

“Tidak mustahil, tahun demi tahun harga majalah Gila-Gila boleh melebihi RM10,000 untuk naskhah terbitan pertama,” kata Jaafar lagi, pelukis dan kartunis terkenal.

Sumber: The Malay Mail Online

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top