Kumpulan Kpop Girls' Generation Bakal Berpecah?
Buletin

Kumpulan Kpop Girls’ Generation Bakal Berpecah?

Bagi peminat kumpulan k-pop wanita popular, Girls’ Generation, berita ini mungkin agak menyedihkan bagi mereka.

Portal hiburan Korea Koreaboo, memaklumkan Girls’ Generation atau SNSD kini dilaporkan berada di ambang perpecahan.

Ia berikutan tiga anggota kumpulan tersebu iaitu Sooyoung, Seohyun dan Tiffany membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan pengurusan SM Entertainment.

Menurut sumber, biarpun perpecahan itu bukan secara langsung, namun ia boleh terjadi berdasarkan situasi semasa.

SM Entertainment dalam satu kenyataan bagaimanapun menafikan Girls’ Generation akan dibubarkan.

Kami perlu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk tiga anggota yang sudah tamat kontraknya. Namun berpecah tidak ada dalam perancangan apatah lagi mereka adalah aset bernilai kepada kami,” kenyataan itu menyebut.

Kumpulan tersebut baru sahaja menyambut ulang tahun ke-10 penubuhan. Sebelum ini, Girls’ Generation pernah kehilangan seorang ahli, Jessica, yang ditamatkan kontrak pada 2014.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top